Wanita kemurungan diberi dadah, dirogol dan kepala dipenggal sebelum mayatnya ditemui di dalam hutan

Loading...

Seorang wanita yang datang ke India untuk merawat kemurungannya telah diberikan dadah, dirogol dan dipenggal sebelum badannya ditemui tergantung dalam keadaan terbalik di dalam hutan, lapor Daily Mail

Mangsa, Liga Skromane, 33, warganegara Latvia yang menetap di Dublin, Ireland bersama dengan pasangannya, tiba di  Kerala dengan adiknya pada Februari lalu. 

Liga berharap kemurungannya itu dapat dirawat di sebuah pusat rawatan tradisional yang terkenal di Kerala. 


Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hilang beberapa minggu selepas keluar dari pusat rawatan itu untuk berjalan-jalan di pantai. 

Mayat mangsa yang hampir mereput itu kemudian ditemui di sebuah hutan bakau di Thiruvallam pada 21 April. 

Menurut pihak polis, dua suspek telah ditahan dan mengaku telah memberi dadah sebelum merogol dan membunuh mangsa. 


Dua suspek itu merupakan pengedar dadah dan pernah ditahan sebelum ini kerana melakukan serangan seksual terhadap lelaki dan wanita di kawasan di mana mayat mangsa ditemui. 

Polis berkata, keadaan mayat mangsa yang hampir mereput itu menyukarkan pihaknya untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa. Bagaimanapun, polis percaya mangsa telah diberi dadah dan diserang sebelum dicekik sehingga mati. 

"Mangsa diumpan ke kawasan ini, diberi dadah dan diserang secara seksual. Mangsa kemudian dibunuh apabila mangsa cuba melawan," kata Pegawai Polis Manoj Abraham. 


Empat hari sebelum itu, dua remaja perempuan dirogol sekumpulan lelaki dalam kejadian berasingan di India. Namun polis masih belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes itu. 

Salah seorang mangsa yang berusia 16 tahun itu kemudian membunuh diri selepas dirogol lapan lelaki pada Ahad lalu di daerah Nuh di utara Haryana. 

Selasa lalu, seorang lagi remaja perempuan berusia 19 tahun dirogol lima lelaki termasuk seorang pemandu beca yang diupah mangsa dalam kejadian di daerah lain dalam negeri itu.