'Apalah salah Ney Ney kat korang' - Nora Danish terkilan ada netizen masih mengutuk anaknya

Loading...

Pelakon Nora Danish, meluahkan rasa terkilannya di Instastory malam tadi berikutan masih ada golongan netizen yang tidak bertanggungjawab mengutuk dan mempertikaikan fizikal anaknya, Ney Ney atau nama sebenar Mohamed Neqayl Nazri Aziz. 

Meskipun sebelum ini Nora pernah membuat 'teguran' kepada golongan ini, namun ianya seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. 

Hati ibu mana yang tidak berasa sedih apabila fizikal anaknya sering menjadi sasaran golongan ini untuk membawang? 

"Malam ini sangat emosi, sebab terkilan. Anak saya ini bukan anak mat salleh ke apa yang kena nampak perfect. Anak Melayu kot? 

"Semua manusia dalam dunia ini, semua ada keistimewaan masing-masing. Nak kutuk pun, membawang ke, kutuklah benda lain. Kutuk ciptaan Allah tak ada ke rasa takut dalam hati? 

"Apalah salah Ney Ney kat korang. Haih! Manusia, manusia," tulis Nora. 

Dalam pada itu juga, Nora menjelaskan, biarpun mereka adalah public figure, tidak semestinya mereka mampu berdepan dengan kutukan yang melibatkan anaknya sendiri.

"Tak semestinya public figure ini hati kering. We also have feelings like you! 

"Actually kami ni extra emotional and sensitive sebab kami ini orang seni. Sebab itu boleh jadi pelakon. 

"Kalau kita ada buat salah, tegur. Tak perlu membawang for no reason. Cuba membawang keluarga sendiri, tengok apa diorang rasa? Cuba, try," tulis Nora. 


Walau bagaimanapun, Nora tetap mendoakan agar golongan berkenaan berubah dan dibersihkan hati mereka. Tidak kurang juga, dia berterima kasih kepada para peminat yang 'membahagiakan' mereka ketika mereka dianiaya kaki buli siber.  

"For those 10 percents yang hati hitam itu, saya doakan semoga Allah beri hidayah kepada anda dan bukakan hati anda supaya jadi bersih putih bersinar kembali. InsyaAllah. 

"Yang sentiasa memuji, Alhamdulillah syukur. Nora doakan semoga anda mendapat pahala yang banyak kerana membahagiakan kami yang teraniaya," tulisnya.


Sumber Foto: Roti Kaya