'Banyak makanan disediakan, tapi murid-murid tak datang' - Anak kesal, ibunya diberi harapan palsu

Loading...

Hasrat seorang guru wanita menjamu murid-muridnya tidak kesampaian apabila tetamu yang ditunggu-tunggu itu tidak kunjung tiba. 

Sudahlah si guru berkenaan menyediakan juadah yang begitu banyak sekali untuk mereka, namun hampa dan kecewa bila mana tiada seorang pun yang muncul di depan pintu.

Kekesalan itu diluahkan kepada anaknya, Fatimah (@timharun) yang kemudian berkongsikan screenshot WhatsApp bersama ibunya itu, mengundang rasa simpati netizen. 

"Lain kali anak-anak murid yang beria nak datang beraya ke rumah cikgu tu, tepatilah janji korang. 

"Kesian mak aku masak banyak-banyak dari pagi nak bagi korang makan. Tapi batang hidung seorang pun tak ada! Buat cikgu sedih, berdosa juga. Ingat apa?" demikian tulis Fatimah.

Anak mana yang tidak sedih apabila melihat ibunya diperdaya oleh individu-individu yang telah berjanji untuk datang beraya sekali gus makan tengah hari.  

"Weh, anak mana tak sedih bila mak kita cakap macam ni. My heart broken. 

"15 pot eh. Aku pun tak pernah nampak mak aku masak banyak gitu. Sekolah lama mak aku tak pernah buat mak aku camni. Sekolah baru, ada nama lagi haih," tulisnya. 




Menurut Fatimah, ibunya memang gemar menerima kehadiran tetamu dan anak-anak muridnya telah memaklumkan mereka akan datang beraya beramai-ramai.

"Student's my mom siap kata, "Nak datang beraya makan tengah hari", mana tak my mom masak banyak gitu. 

"Diorang inform yesterday. My mom memang suka sangat ada tetamu. Kitorang akan sibuk-sibuk di dapur apa semua. Dia dah cerita-cerita anak-anak murid dia datang apa semua nak masak special. At last? 

"My mom memang suka sangat terima tetamu datang. Dia kata tetamulah orang yang akan membawa dosa-dosa kita keluar. That's why," tulisnya. 

Difahamkan, hanya seorang sahaja murid yang menghubungi ibunya untuk meminta maaf kerana tidak dapat datang.