'Biar je, orangs tak ada anak memang camtu' - itu jawapan si ibu bila penonton tegur anaknya buat aksi dalam cinema

Loading...

Hajat mahu menonton filem di panggung wayang terbantut tatkala ada seorang ibu membiarkan saja anaknya mengadakan 'konsert sulung' di tengah-tengah keasyikan para penonton lain fokus pada filem. Karenah anak kecil ini menimbulkan rasa kurang selesa dan ada yang mula 'berbunyi'. Malangnya si ibu bagaikan tiada perasaan dan membiarkan saja anaknya begitu. 

Menurut @Zurkasyi, dia pada awalnya tidak begitu endah. Bila keadaan menjadi semakin tidak terkawal dan konsentrasinya mula terganggu, dia bertindak menegur ibu kepada kanak-kanak terbabit dan jawapan yang diberikan, sangat mengecewakan. 

HARI ini, pertama kali dalam sejarah hidup aku keluar dari cinema awal. Ceritan yang sangat menarik. Ceritanya aku tengok wayang tadi. Hall kecil dan tinggal seat second depan. Di depan aku ada seorang akak dengan anak dia.

Aku beli popcorn large, nugget 15 dengan karipap. Banyak kan? So aku pun makan tanpa henti sambil menghayati movie. 

Selepas karipap aku dah habis, aku perasan anak akak ini berjalan pergi screen, panjat kerusi sambil buat konsert sulung dia. Mula-mula semua buat rileks saja. Yelah, expect akak tu nak cubit anak dia ke apa. 

Aku tetiba anak dia buat bunyi annoying gila sampai orang aku bersuara, "Bisinglah", pastu orang kanan aku dah "Eish!". Then adik ini sambung pula menyanyi. Aku yang pada asalnya nak tengok movie sambil makan banyak, terpaku dengan konsert dia. 

Sebab aku sedar aku dah hilang konsentrasi, aku pun "Syyhhh" dan mak dia toleh pandang aku. Aku pun sambung makan nugget pula. Tiba-tiba anak dia cuit-cuit kaki aku. Terkejut beb! Tapi aku macam, tak apalah budak kecil saja. Aku hulur nugget, dia tak nak. Then dia sambung buat medley. 

Antara lirik yang aku ingat, "Here I am, here I am, where are you?". Sebab rasa terganggu, aku cakaplah dekat akak itu. 

"Kak, tolong kak," simple dan aku rasa cukup sopan dah. 

Pastu anak dia tanya, "Mama, siapa tu?". 

Jawapan balas mak dia buat aku terkedu habis. Masa telan air liur tu, halkum aku tertelan. Jantung aku memang laju gila. Adrenalin hormon membuak. Testosterone aku macam dah buat buat bench press 140KG. 

"Biar je, orang tak ada anak memang camtu," kata mak dia. 

Terkedu dengan sinisan yang diberi secara verbally. Aku angkat barang terus chow. Malas nak tunjuk bakat debat aku kat situ. 

Bukan pertama kali aku tengok wayang dan bukan pertama kali aku tengok wayang ada parent's bawa anak. Tapi bila anak mereka mula buat medley dalam wayang, diorang bawa keluar supaya kami yang lain dapat menikmati nugget dan wayang sampai habis. 

Dan aku keliru, semua patut faham akak itu yang ada anak atau akak yang ada anak itu patut faham orang lain bayar tiket untuk menonton dengan gembira? Betul kata akak itu aku tak ada anak tetapi aku ada common sense. 

Itu sajalah. So wayang aku tak habis, nugget aku tak habis, popcorn aku tak habis, ice lemon tea aku tak habis. Yang habis, karipap seketul. Semoga anak akak suara macam Haqiem Rusli bila besar nanti. 

Lega sikit. Ingatkan aku yang salah, tapi rata-rata faham apa yang aku lalui. Harap @GSCinemas baca dan bagilah aku tiket, nugget, popcorn, ice lemon tea free. 

Oh aku tambah sikit. Bukan tak nak sound anak dia ke, jentik anak dia ke, sound setepek mak dia ke. Just that, aku pun tak tahu mungkin anak dia jenis hiperaktif dan aku kena faham juga tu. Cuma kalau betul hiperaktif, ibu dia patut bawa anak dia jalan-jalan kalau dah mula kacau orang. Setuju? 

Sumber: @zurkasyi