'Hentikan trend Hujan Duit bodoh ini' - Netizen


Viral lagi video pemberian wang kertas seperti memberi dedak kepada haiwan peliharaan mengundang kecaman netizen di media sosial yang rata-rata menganggap trend seperti itu memalukan. 

Video yang dimuat naik Fred (@Fred9Fareed) di Twitternya semalam berkata, "Setiap kali Mood Republik Raya memang akan ada scene Melayu pijak, tendang dan tolak sesama sendiri demi duit seringgit dan lima ringgit."



Pandangan Fred itu turut disokong oleh rakan-rakan Twitternya yang mahukan gimik seperti itu diharamkan kerana ia dikategorikan sebagai rusuhan dan mengancam ketenteraman awam. 

Menurut Fred lagi, ada beberapa pengunjung yang cedera dan pengsan ketika acara pemberian 'dedak' itu. 



Bagi netizen, ada banyak lagi cara untuk bersedekah, bukannya dengan cara menabur wang seperti dedak sehingga lupa pada batasan dan mengaibkan pengunjungnya. 

"Semoga Tuhan sentiasa murahkan rezeki aku, so tak payah nak kena menagih simpat dalam keadaan desperate seperti ini. Hinanya organizer yang buat gimik ini," kata @wthafiz. 

Netizen sebelum ini pernah menyuarakan bantahan yang sama, malangnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) didakwa tidak mengambil tindakan tegas bagi membendung aktiviti yang dikatakan tidak bertamadun ini. 

"Bilalah benda bodoh ini nak diharamkan? Geram betul aku tengok. Lagi cakap, lagi kecam, lagi diorang buat. Takkan PBT tak boleh buat apa-apa?" soal @BukanWanted.

"Saya berharap festival tabur duit seperti ini tidak akan menjadi budaya kita. Ianya amat memalukan! Apa yang saya boleh simpulkan, orang menjadi tamak kerana mereka sanggup berebut hanya untuk mendapatkan wang kertas yang bertaburan dan akhirnya mencetuskan ketegangan di antara mereka sendiri," kata @Saratakoyaki


Berdasarkan poster yang dimuat naik oleh pihak berkenaan, jumlah wang yang ditaburkan adalah RM100,000. Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh seorang individu yang mendakwa dirinya bekas pekerja pihak berkenaan. 

"LOL. I worked here berfore. Cakap pada media RM100,000. Padahal tak sampai RM10,000 pun. Melayu je beria kutip, padahal banyak RM1 dengan RM5 saja," kata @NorLoqman.