'Hilang respect kat makhluk tuhan ni' - Netizen selar tweet berbaur lucah Wak Doyok


Gara-gara menyamakan buah durian dengan payu dara wanita, Wak Doyok diselar netizen yang menganggap tweetnya itu jelas sekali berbaur lucah dan menjurus ke arah gangguan seksual. 

"Durian adalah raja buah, tapi raja buah terletak di dada wanita," tulis Wak Doyok di Twitternya. 

Pada Mac 2015, Wak Doyok juga pernah menimbulkan kekecohan di media sosial selepas memuat naik komen berbaur lucah pada gambar pelakon Killa Fairy, "Alamak #Merecik", sebelum membuat kenyataan permohonan maaf selepas ditegur ibu pelakon berkenaan. 


Dalam kes terbaru ini, ramai yang tidak menyenangi kenyataannya itu yang dianggap tidak menghormati kaum wanita, malah netizen turut menganggap Wak Doyok 'gila seks'. 

"This is exactly gangguan seksual. There are many type of Gangguan Seksual termasuk lisan, psikologi, perbuatan, visual etc. Unsur perlambangan macam ni still Gangguan Seksual. Public figure with low class mentality," - @MhidirMohamed

"Cara meraih publisiti murahan dari netizen? Tetiba hilang respect dekat makhluk Tuhan ni. Jangan kata kena hack dah la lepas ni. Bosan dah dengan alasan murahan "Maaf, accound saya kena hack"," - @IncikNenas. 



Sumber: Roti Kaya