Ibu kelar anak didakwa dan berdepan dengan hukuman gantung

Loading...

Seorang ibu yang mengelar leher anaknya berusia 19 bulan Ahad lalu di FELDA Jengka 13, Maran, didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh atas tuduhan membunuh, lapor Harian Metro

Suri rumah, Asmani Mat, 31, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ti Pei Si. Tetapi tertuduh yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dan bertudung ungu tidak membuat sebarang pengakuan. 

Dalam kejadian Ahad lalu, Asmani didakwa membunuh anaknya berusia 19 bulan, Muhammad Nur Rashdan Muhammad Rizal di kediaman mereka di antara jam 8.30 malam hingga 9.00 malam. 

Asmani didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pei Si membenarkan pemohonan Siti Hajar supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bahru, Johor selama sebulan bagi tujuan pemantauan berikutan wanita itu dilihat mempunyai masalah mental seperti tidak fokus. 

Pei Si menetapkan 20 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut. 

Suami tertuduh, Muhammad Rizal Jusoh, 42, turut hadir ke mahkamah bersama beberapa ahli keluarganya sempat bertemu dengan Asmani dan menenangkannya sebelum prosidng bermula. 

BERITA BERKAITAN: