Isteri dicerai talak 1 kerana tampar mulut suami berdengkur dengan selipar

Loading...

Hajat di hati hendak menghentikan dengkuran suami, namun tindakan si isteri mengundang akibat apabila dia diceraikan dengan talak satu oleh suaminya. 

Menurut confessor di Kisah Rumah Tangga (KRT) ini, dia hanya sekadar mengikut petua yang disarankan oleh ibu mertuanya. Namun tidak menyangka keadaan menjadi teruk.

"Min, mohon hide Facebook saya. Suami saya ini handsome tetapi guna gigi palsu. Masa dia tidur tu, terkeluar-terkeluar gigi palsu dia sebab dia berdengkur. 

"Orang tua cakap, nak atasi masalah berdengkur ini, ubatnya, pukul mulut dia guna selipar. Saya guna selipar pukul mulut suami semalam, min. Sudahnya, saya kena cerai talak satu. Sedih min," tulis si isteri yang tidak diketahui identitinya itu.


Bagaimanapun, confessor mendedahkan bekas suaminya itu menyedari kesilapannya dan mahu merujuk kembali dengan wanita berkenaan. Malangnya confessor berasa was-was dan bimbang. 

"Salam min, ini sambungan cerita aku kena cerai talak satu semalam sebab pukul suami aku guna selipar masa dia tidur berdengkur itu. 

"Min, suami aku nak rujuk balik tetapi aku takut min. Nanti kalau dah jadi suami isteri semula, aku pula kena setepek selipar di mulut. 

"Tadi Jabatan Agama call untuk sebutan rujuk semula. Kalau suami aku terbaca ni, satu je. Yang bagi petua guna selipar itu adalah mak engkau! Dulu yang bagi petua suruh bubuh garam satu senduk di milo itu pun mak engkau!" tulisnya. 


Sementara itu di ruangan komen, netizen mempunyai pandangan mereka mengenai isu pasangan kuat berdengkur ini. 

"Yang kau pun satu, biol pi ikut sangat cakap orang buat apa? Aku, suami berdengkur, mengigau bagai aku malas nak layan. Janji dia lena tidur," - Faiza

"Aku suka je dengar suami aku berdengkur sebab bimbang pula kalau dia senyap. Kang tak pasal-pasal jadi arwah. Bila dia berdengkur kuat ala-ala ribu itu, aku dah gelak besar dah tengah-tengah malam buta. Dia terbangun pula check aku. Katanya aku mengigau teruk sangat. Haha! Bila dia tak ada, sunyi je malam-malam aku," - Maisuri. 

"Nak cakap satu je, buat sesuatu benda itu fikir dulu akibatnya. Suami saya pun berdengkur juga dan mak mertua beri pertua yang sama. Tetapi tak sampai hati nak buat. 

"Petua yang berkesan cuba kejutkan suami bila waktu dia berdengkur. Kejutkan perlahan-lahan, jangan pula menjerit, memang kena penampar la juga gamaknya dan cakap yang dia berdengkur kuat. Alhamdulillah, inilah yang saya selalu buat dan sekarang suami dah tak berdengkur sangat." - Nurul Bulbul.