'Jangan update iPhone!' - Ramai pengguna iPhone komplen iOS 11.4 cepat habiskan bateri

Loading...

Ramai pengguna smartphone Apple mengadu bahawa bateri iPhone mereka lebih cepat berkurangan selepas menggunakan iOS 11.4, lapor Daily Mail.

Salah seorang penggunanya berkata, bateri iPhone beliau berkurangan 25% lebih cepat dari biasa, sementara itu pengguna yang lain pula berkata mereka lebih kerap mengecas iPhone mereka sejak menggunakan iOS 11.4. 

Sehingga kini, pihak Apple masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung aduan para pengguna dan bagaimana cara untuk menyelesaikannya. 

Ada segelintir penggunanya berpendapat bahawa masalah itu berkaitan dengan fungsi 'Background Refresh' di mana aplikasi-aplikasi yang telah dibuka dan tidak ditutup dengan betul, kandungannya akan dikemaskini sepanjang masa biarpun penggunanya tidak menggunakan iphone mereka. 

Bagi memadamkan fungsi tersebut, pengguna perlu buka bahagian Settings di Home Screen dan pilih General. Kemudian, padamkan fungsi Background Refresh. 

Apple melancarkan iOS 11.4 pada 29 Mei lalu untuk kemaskini beberapa fungsi terbaru seperti pengguna boleh menyimpan mesej di iCloud dan beberapa lagi fungsi terbaru yang lain. Tetapi, iOS 11.4 itu telah menyebabkan bateri peranti penggunanya cepat berkurangan. 


"iPhone saya sebelum ini berfungsi macam biasa. Tetapi bila dah update ke iOS 11.4, bateri memang cepat habis walaupun saya tak menggunakannya," kata pengadu di sebuah forum. 

"Dulu bateri iPhone mampu bertahan sepanjang hari, tetapi kini hanya mampu bertahan untuk setengah hari sahaja," kata netizen. 

Walau bagaimanapun, ada pengguna yang lain memaklumkan peranti milik mereka tidak mengalami sebarang masalah selepas menggunakan iOS 11.4 itu. 

Justeru, para pengguna Apple disarankan untuk tidak menggunakan iOS 11.4 buat sementara waktu bagi mengelakkan perkara yang sama berulang. Sebaliknya, tunggu sehingga pihak Apple memuat naik iOS terbaru bagi menyelesaikan masalah yang timbul.