'Kami sedang lakukan solat tahajud, tiba-tiba ada jemaah terjun dari atas bumbung'

Loading...

Suasana di Masjidil Haram menjadi gempar seketika apabila seorang jemaah dilihat terjun dari atas bumbung masjid ke ruang jemaah di hadapan Kaabah ketika solat tarawih sedang berlangsung. 

Berdasarkan rakaman litar tertutup, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut serta merta di tempat kejadian. 



Saudi News FR, menerusi entri di akaun Twitter rasminya melaporkan, siasatan awal mendedahkan lelaki berusia 26 tahun itu berketurunan Asia yang menetap di Eropah.

Mayat lelaki tersebut telahpun dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, kenyataan mengenai kes tersebut akan dikeluarkan setelah siasatan polis selesai.

Seorang jemaah dari Malaysia, Ahmad Huzaimi Al Madani, yang ketika itu berada di tempat kejadian juga memuat naik status kejadian tersebut di laman Facebook.

“Menerima berita yang amat mengejutkan ketika kami sedang melakukan solat tahajud ada seorang jemaah terjun dari atas bumbung masjid ke dataran tawaf. Punca WALLAHUTAALAA’LAM.”




Sumber: Astro Awani, Ahmad Huzaimi Al Madani, Asyraff Muslim