'Nak selesakan anak tapi orang lain merana?' - Netizen kecam pasangan suami isteri pentingkan diri


"Di mana semangat Malaysia Baru?" demikian soal seorang netizen yang kesal dengan tindakan pasangan suami isteri yang sengaja menggunakan ruang tempat duduk bagi menidurkan anak mereka sehingga seorang ibu dan anaknya terpaksa duduk di atas lantai tren KTM. 

Menurut netizen yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia terkedu melihat perangai pasangan suami isteri berkenaan ketika menaiki KTM dari Padang Besar ke Sungai Petani. Sedangkan katanya, pasangan itu boleh saja menidurkan anak mereka di pangkuan masing-masing dan memberikan tempat duduk kepada si ibu dan anak kecil itu. 

"I am super speechless with Malaysian's attitude. Come on Malaysia's, where are your 'Malaysia Baru' spirit's? Kalau setakat di mulut tetapi attitude tak berubah, jangan harap masa depan negara nak berubah.

"I just witnessed a couple of husband and wife yang conquered four whole seat's in KTM from Padang Besar-Sungai Petani. They are only tiga beranak but how comes they conquered all four seater's? Sebab nak kasi anak tidur? 

"Hello dear couple, you can just riba your anak in your pangkuan and let other's duduk also," tulisnya. 



Dakwa netizen itu lagi, pasangan berkenaan berpura-pura tidur kerana tidak mahu ditegur oleh pengguna KTM yang lain. 

"To escape from kena tegur with orang lain, both of them pretend to sleep, so that no one akan kejut diorang. Allahu, what a sad situation. Kenapa nak kena fikirkan diri sendiri? Kenapa nak kena conquer sampai empat seat's? Kenapa nak kena selesakan anak, tetapi orang lain merana?" soalnya. 

Menurut netizen berkenaan, dia telah lama menggunakan pengangkutan KTM dan agak terkejut melihat sikap pengguna KTM yang kebanyakannya mementingkan diri. 

"Been using KTM in both laluan Klang Valley and North, and I am shocked with Malaysian's attitude. But to be honest, sikap pengguna laluan utara lebih menyedihkan. 



"Benda simple saja, naik public transport so please have common sense because you are sharing the transport with other's. Don't ever think of your kesenangan only. Please Malaysian's, manner's maketh man. 

"Come on Malaysians, berubahlah," rayunya.