'Officer itu daftar kad bank untuk payment auto debit tanpa kebenaran saya' - Pengadu

Loading...

Hasrat di hati mahu menamatkan langganan televisyen berbayar, Astro, kerana tiada masa untuk menonton tv dan lebih banyak menghabiskan masa untuk melayari internet. Namun hasrat pelanggan ini terbantut apabila dia mendakwa pegawai khidmat pelanggan di kaunter Astro pula merumitkan lagi keadaan. 

Menurut individu yang menggunakan nama Lada Lada Lumpadakz, akaun Astro-nya sepatutnya dibatalkan, tetapi pegawai terbabit memaklumkan dia masih terikat dengan tempoh kontrak yang telah ditetapkan.

Lada terkejut dan tidak mengetahui tentang kontrak berkenaan dan dia masih 'okey' dengan perkara itu. Apa yang membuatkannya kesal ialah, tindakan pegawai terbabit mendaftarkan kad debitnya untuk sistem pembayaran auto debit tanpa meminta kebenaran darinya. 


KELMARIN, 19 Jun 2018, berurusan di Astro Times Square. Plan nak bayar tunggakan dan terus tutup akaun. Jarang juga ada di rumah nak tengok Astro (mostly online dan layan Netflix). Jadi saya pergi ke pejabat Astro. 

Tunggu hampir sejam lebih, akhirnya nombor giliran saya dipanggil dan berurusan di kaunter nombor empat. Layan okey, senyum manis berabis (macam terlebih manis lagi). 

Tunggakan RM200.75. Saya bagilah kad saya untuk bayar menggunakan kad debit. Sekali officer perempuan di kaunter itu kata kad debit tak dapat digunakan. So akhirnya saya bayar menggunakan handphone sendiri melalui Maybank2u. (lebih baik saya bayar sendiri awal-awal tadi dari menunggu hampir sejam lebih) untuk tutup akaun Astro. 


Tetapi officer itu kata tak boleh. Kalau nak terminate, akan dikenakan penalti RM1,000. Aduhai! Boleh tahan juga Astro punya penalti. Ada kontrak dua tahun konon. Masa daftar dulu tak ada pun beritahu kewujudan kontrak-kontrak ini. Tetapi saya okay lagi. 

Selepas itu saya tanya berapa komitmen bulanan? Dia jawab, kena sambung dulu baru boleh tahu. Aik? Apalah guna saya langsaikan bayaran tadi tapi dia tak boleh tahu berapa cas semasa? Apa guna komputer di depan mata kalau tak dapat provide informasi yang ditanya oleh pelanggan?

Tapi dia tekan-tekan juga keyboard tu. Akhirnya dia kata, "Encik, sekarang pembayaran bulanan bil Astro encik sudah ditetapkan kepada auto debit."

Aduh! Saya nak terminate akaun, tak nak langgan Astro lagi. Dia pula pergi daftarkan kad bank saya untuk pembayaran auto debit? Saya maklumkan saya tidak mahu pembayaran auto debit itu. Terus dia kata,

"Ala, tak boleh cancel sudah auto debit. Selepas dua atau tiga bulan auto debit digunakan, baru boleh mohon untuk pembatalan auto debit." 

Aik? Binggung pula dibuatnya. Tiada pula saya suruh dan beri kebenaran untuk dia buat payment secara autodebit. 

Akhirnya dia bagi saya satu borang untuk ditandatangan. Saya bacalah, rupa-rpanya borang kebenaran autodebit dari akaun. Aik? Baru nak minta sign? Tapi sebelum itu tadi dia sudah daftar auto debit tanpa kebenaran saya? Saya tidak mahu tandatangan dan kata,

"Saya tak bagi kebenaran dan saya tidak mahu subscribe servis auto debit." 

Kemudian dia koyak borang itu. Terus saya minta dia batalkan pembayaran auto debit itu. Officer itu tanpa muka berdosa jawab, "Sudah cancel," dan dia tegaskan pembayaran auto debit tetap akan berjalan dalam tempoh dua tiga bulan. 

Apa ini punya manusia. Sudahlah ambil kad bank orang dan daftar secara sembunyi dan berpura-pura bercerita perkara lain dan dalam masa sama jari jemarinya daftar kad bank orang subscribe pembayaran auto debit. 

Moral of the story, hati-hati bila bagi kad bank anda atau apabila menandatangani apa-apa borang. Banyak penipu sekarang walaupun syarikat yang besar.