PBB, PRS, PDP dan SUPP keluar BN, tubuh GPS sokong kerajaan pusat

Loading...

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), hari ini, mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN Sarawak yang juga Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg ketika mengumumkan perkara itu berkata, keempat-empat parti akan mewujudkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun, GPS tidak akan menyertai gabungan bersama Pakatan Harapan.

“Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan secara mendalam dan mengambil kira perkembangan politik saat ini pasca Pilihan Raya Umum ke-14.

“GPS akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan demi kepentingan negara dan hak negeri dan hak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Persekutuan Malaysia,” katanya.

Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata demikian pada sidang media, hari ini. - Harian Metro