'Peruntukan RM100K untuk Ahli Parlimen Pembangkang, adil ke?' - MCA

Loading...

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempertikaikan janji Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini berkata mahu berlaku adil kepada semua Ahli Parlimen, tetapi Ahli Parlimen Pembangkang hanya menerima peruntukan kurang dari 50 peratus daripada Ahli Parlimen Kerajaan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat jemaah menteri ke-3 semalam mengumumkan, peruntukan sebanyak RM100,000 akan diberikan kepada Ahli Parlimen Pembangkang untuk kegunaan sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Tun Dr Mahathir berkata, jumlah peruntukan yang akan disalurkan sebelum Aidilfitri itu tidak sama dengan jumlah peruntukan Ahli Parlimen Kerajaan yang menerima RM500,000, dan Ahli Parlimen Pembangkang hanya diberi RM100,000.

Pemberian jumlah peruntukan RM100,000 itu menimbulkan pertikaian Ahli Parlimen Ayer Hitam itu akan 'janji manis' Pakatan Harapan yang kononnya mahu berlaku adil. 

"Kita ingin tanya balik Ahli Parlimen PH terutamanya dari DAP yang semasa berkempen dulu berjanji untuk berlaku adil kepada semua Ahli Parlimen. 

“Rakyat di Ayer Hitam, Cameron Highlands, Kota Bharu, Mersing dan lain-lain kawasan tak bayar cukai ke? Atau pun bayar cukai separuh saja?” katanya.

Walau bagaimanapun, Wee mengakui keputusan kerajaan PH memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang adalah dialu-alukan memandangkan ia tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.