'Sampai tak ada air mata Hannah menangis' - Bayi 3 bulan patah paha ketika dijaga pengasuh


"Anak aku, Hannah, yang berusia tiga bulan itu patah paha. Tak tahu jadi macam mana. Tahu-tahu pengasuh call suruh datang ambil," demikian perkongsian awal Muhsin Zaidi mengenai bayi perempuannya yang mengalami patah kaki di bawah jagaan pengasuh semalam.

Menurut Muhsin, ketika dia menghantar anaknya kepada pengasuh pagi semalam, anaknya dalam keadaan baik sahaja. Namun, tiba-tiba dia dihubungi pihak pengasuh yang memaklumkan paha anaknya patah.

"Bertali arus ujian yang aku dapat seminggu dua ini, semuanya besar-besar. Tak apa, aku masih steady. Aku masih ada Allah. Cuma itulah, remuk hati aku tu, tak tahulah nak ungkap macam mana bila tengok anak berumur tiga bulan tak tahu apa dapat left complete spiral midshaft femur fracture. 

"Budak umur tiga bulan, apa benda saja dia pandai buat? Takkan budak asuhan lain umur tiga empat tahun boleh patahkan kaki dia? Ingat senang nak patahkan tulang baby? Dah sampai tak ada air mata dah Hannah menangis. Nak menangis pun dah tak larat dah. 


"Kalau betul memang ada orang buat zalim terhadap anak aku, aku takkan berlembut dah kali ini. Senangnya cakap, "Saya tak tahu apa-apa". Aku hantar anak sihat, dapat balik tulang yang paling besar dalam badan dia patah. 

"Nak kata aku hantar baby yang ada fracture dari pagi? Come'on la, aku MA, walaupun aku dah lama tak ada kaitan dengan tulang-tulang ini, takkanlah aku benak sangat tak dapat nak detect fracture masa aku pakaikan pampers dengan baju Hannah pagi tadi? Dia siap boleh respon dengan senyuman lagi bila aku acah-acah dia. 


"Petang tadi masa aku pergi ambil tadi, primary survey pun dah tahu ada fracture. Yes, it was very obvious deformity!! Kau tahu spiral fracture ini apa mekanisme kecederaan dia? Orang pegang dan pulas. Cuba kau pegang ranting sebesar ibu jari, kau pulas kuat-kuat. Ha, itulah dia punca spiral fracture. Budak tiga empat tahun ada tenaga sekuat itu ke?" tulis Muhsin.

Dalam pada itu juga, Muhsin meminta mana-mana individu yang arif tentang perundangan tampil membantu memberi pandangan berhubung kejadian yang tidak dijangkakan itu. 

"Kalau ada kawan-kawan dalam Facebook aku ini yang pandai selok belok undang-undang terutamanya undang-undang berkaitan dengan kanak-kanak, aku mohon jasa baik untuk PM aku. Aku nak minta pendapat sikit. 

Akhirnya Hannah dapat tidur selepas seharian menangis tak berenti. Alhamdulillah, lega sikit hati aku huhu - FOTO: MUHSIN ZAIDI
"Aku update di sini saja keadaan Hannah, tak larat nak reply WhatsApp seorang-seorang. Mohon tolong diakan anak aku, Hannah Khawlah. Semoga dijauhkan dari segala komplikasi lain," tulisnya.

Sementara itu, tampil pula seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai pengasuh menghubungi Muhsin untuk tidak menunding jari terhadap pihak taska atau pengasuh.

Wanita berkenaan yang juga mendakwa telah menjaga berjuta anak-anak asuhan berkata, adakalanya ibu bapa selalu menyalahkan dua pihak berkenaan, sedangkan anak sendiri jatuh di rumah, buat tak tahu saja.