'Saya takkan gunakan aset kerajaan untuk kepentingan diri' - Mat Sabu nafi dakwaan macai UMNO


Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini menafikan dakwaan beliau menggunakan helikopter yang merupakan aset kerajaan untuk beraya bersama keluarganya di Perlis seperti yang tular di laman sosial Facebook.

"Tidak benar sama sekali. Saya tidak akan menggunakan aset kerajaan untuk kepentingan diri sendiri dan tidak berada di Perlis pun. Semuanya palsu,' dan dusta semata-mata," katanya dalam catatan Twitternya @MSabu_Official.

Video berdurasi 27 saat itu dimuat naik hari ini oleh seorang pengguna Facebook, Mohamad Nazri Abdul Kadir, Marketing Director at AMB Consortium Sdn Bhd, yang mendakwa kononnya Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara telah menggunakan helikopter kerajaan bersama keluarga isteri untuk bersuka ria pada Hari Raya Aidilfitri di Jejawi, Perlis selepas dilantik sebagai seorang menteri.




Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu bersama 12 lagi anggota kabinet yang lain mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara pada 21 Mei lalu selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14. - BERNAMA