'Tak mampu baca sampai habis...' - Netizen sebak baca kisah heartbreaking ini


Innalillahiwainnalillahirojiun. Sebak dan rasa sayu di dada membaca luahan dari wanita ini terhadap lelaki yang telah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. 

Confessor sanggup melakukan sesuatu yang bukan kebiasaan buat dirinya untuk mendekati lelaki itu. Semoga  confessor bertabah dan moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

UNTOLD confession for you, Haizal. 

Zal, kau yang kenalkan aku dengan dunia gaming. Sumpah aku kosong pasal gaming. Hari-hari aku tanya kau pasal gaming. Tapi kau tak pernah mengeluh, kau layan saja. 

Aku siap pergi event gaming, nak tunjuk dekat kau yang aku pun minat benda yang sama. Jujur aku cakap, mula-mula aku minat main game sebab nak tarik perhatian kau. Tapi at last, benda itu jadi hobi, Zal. Setiap hari aku practice main game sampai pagi. 


Kau juga yang belikan aku game di Steam. Kau pun ada belanja aku game. Kau tak tahu betapa happynya aku masa itu. 




Kau selalu cakap aku noob. Memang aku noob Zal, tahap noob aku tu main CSGO nak defuse bomb pun tak tahu. Kau ajar je, tak pernah bosan. Kau yang ajar aku. Jujur sebab gaming juga aku start suka kau. Aku tahu benda itu salah tetapi aku tak mampu menipu diri sendiri. 


Birthday kau last year, aku tipu kau Zal. Aku belikan mousepad gaming untuk kau tetapi aku cakap aku salah beli dan aku bagi dekat kau macam tu je. Kau happy sangat time tu. 

Kau selalu marah aku sebab aku selalu belikan kau coklat. Ya, memang aku yang letak semua coklat itu di bawah meja kau dan kau tahu tu. Aku selalu bagi kau makanan dan kau persoalkan benda itu. Aku tak nak kau lapar Zal, itu saja. 

Aku juga yang selalu kemas barang kau bawah meja semasa kau tiada dalam kelas. Aku tak nak cikgu marah tengok bawah meja kau bersepah. 

Zal ingat tak, kau dengan Nisa pernah borak yang kau rindu nak makan cendol di TTDI area sekolah korang? Aku tipu yang aku nak try makan cendol tu, padahal nak tengok kau makan je. Kau hampir tolak ajakan aku, tapi aku paksa dan kita semua makan sama-sama time tu. 

Kau juga yang tolong aku masa kereta aku rosak. Setiap kali kereta rosak, orang yang pertama aku call mesti kau. Terima kasih Zal. 


Ingat tak waktu aku try diet? Kau tegur aku, kau cakap "Area rumah kau kan ada taman? Setiap hari pusinglah taman tu.". Zal, tahu tak kau sumber kekuatan aku nak kurus? Sebab kau juga berat badan aku turun lebih dari 30 kg. Kau perasan perubahan itu dan kau tegur aku. 



Kau tahu betapa happynya aku masa tu? Kita selalu share macam-macam, WhatsApp sampai malam. Kau pun cakap aku je yang WhatsApp kau selalu. Kau juga menjaga rahsia kita sampai kau tutup mata dulu. 

Aku tahu aku tak kenal kau lama, aku tak rapat dengan kau macam kau rapat dengan orang lain. Tetapi kau kena tahu, ada ruang special dalam hati aku untuk kau dan tiada sesiapa yang boleh mendapa tempat itu. 



Aku tahu bukan aku seorang yang sayang kau. Aku tahu bukan aku seorang yang menaruh harapan dekat kau. Kau tahu semua itu tetapi kau layan semua sama rata sebab kau tak nak yang lain rasa berbeza. Kau betul-betul hebat Zal. 

Hah, aku jual phone aku dengan kau pun sebab kau nak phone tu. Aku siap minta ayah kurangkan harga phone tu. Bila last kita jumpa, aku tengok kau jaga phone tu dan kau masih pakai cover phone aku tu. 

Zal, tahu tak benda paling bodoh pernah aku buat? Aku pernah belanja satu kelas KitKat sebab nak bagi kau seorang saja. Aku takut kau rasa lain, jadi aku cover benda itu dengan bagi KitKat dekat satu kelas. 

Banyak benda lagi yang tak mampu nak cakap, cukup ini saja yang aku mampu luah. Aku tak kuat nak menceritakan segala-galanya. Zal, kau tetap dalam ingatan semua orang. 





Rehat secukupnya, Khasrul Haizal. Tenanglah kau di sana Zal, jaga adik kau elok-elok okey. InshaAllah kita akan jumpa lagi. 

Sumber: @Yeppocactus