'Tak sangka eksiden kali ini, adik terus pergi...'


Sayu membaca perkongsian dari seorang kakak yang terkesan dengan pemergian adiknya selepas terlibat dalam kemalangan kali ketiga. Bebenang yang dimuat naik @nieliena itu membuatkan ramai netizen mengucapkan takziah kepadanya. 

Menurut beliau, dia tidak kisah buat tuntutan insurans untuk adiknya biarpun beratus kali, tetapi bukan tuntutan insurans kematian ini yang amat menyeksa jiwa. 

CLAIM paling berat nak buat. Al-Fatihah adik.

Adik, tak sangka adik rupanya client pertama yang akak akan uruskan tuntutan kematian. 

Akak ingat lagi waktu mula-mula adik eksiden, patah tangan. Waktu itu, akak kena marah dengan ibu sebab adik seorang saja akak tak applykan lagi takaful. Abanng Memey dengan Abang Paan je akak buatkan. Masa itu baru terhegeh-hegeh akak buatkan untuk adik. 

Selepas itu, adik eksiden lagi. Tapi masa itu adik luka-luka biasa saja. Akak buatkan claim adik. Tidak lama selepas itu, adik eksiden lagi. Luka yang sama, akak masih lagi buatkan claim adik. 

Adik selalu baca post-post takaful akak. Adik kata nak suruh kawan-kawan adik ambil insurans dengan akak. Adik dapat seorang client, walaupun kawan adik tak jadi ambil. Semangat betul adik. 

Tak sangka eksiden kali ini, adik terus pergi dik. Akak tak kisah nak buatkan claim beratus kali pun untuk adik tetapi bukan claim yang ini. Akak tak sanggup nak buat dik. 

Tapi, inshaAllah dik. Duit itu nanti akak nak selesaikan kalau ada hutang-hutang adik. Buatkan upah haji dan umrah untuk adik. Amal jariah supaya adik dapat pahala itu berterusan dan adik tenang di sana. 

Kakak rindu adik sangat-sangat. Al-Fatihah.

Sumber: @Nieliena

p/s: Takziah buat @Nieliena sekeluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Juga semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.