'Tun Mahathir perli saya' - Khairy

Loading...

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam dilaporkan berkata, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin layak bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu kali ini, sekali gus dapat menerajui parti itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu menolak 'pujian' Tun Mahathir dan menganggap kenyataan perdana menteri itu bukanlah sesuatu yang serius dan mungkin hanya sekadar kenyataan sarkastik sahaja.

"Tun Dr Mahathir, dia selalu sarkastik. Mungkin dia perli saya,” katanya kepada pemberita di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya anggap Tun (Mahathir) hanya (beri kenyataan) sarkastik," tambahnya lagi.

Ahad lalu, Pegerusi Pakatan Harapan (PH) itu membayangkan Khairy sebagai calon yang layak memegang jawatan tertinggi dalam UMNO itu berikutan keadaan parti itu yang kini dilihat tidak menentu sehingga gagal menentu hala tuju perjuangan parti.

Sebelum itu, Ketua Pemuda UMNO itu tidak lagi mahu mempertahankan jawatannya itu dan mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.