(Video) Ibu kepada 2 orang anak, ditelan ular

Loading...

Rakaman video menunjukkan seorang ibu kepada dua orang anak dikeluarkan dari perut seekor ular berukuran 27 kaki panjang, viral di media sosial, lapor Daily Mail.

Orang awam dilihat membelah perut reptilia tersebut dengan pisau dan mengeluarkan mayat mangsa yang dikenali sebagai Wa Tiba, 54, dan masih lengkap berpakaian. 


Difahamkan, kali terakhir Wa Tiba dilihat ketika dia sedang menguruskan halaman rumahnya di selatan Sulawesi, Indonesia, petang Khamis lalu. Kehilangan mangsa hanya disedari oleh dua anak lelakinya apabila mangsa tidak muncul sehingga keesokkan pagi. 

Mereka mula mencari mangsa pada jam 6 pagi dan kemudian menemui selipar, parang dan lampu suluhnya kira-kira 30 meter rumah mereka di dalam semak sebelum menemui ular itu dengan perutnya yang besar. 

Jiran mangsa, Ayu Kartika berkata, "Semua orang menangis dan terkejut dengan nasib yang menimpa Wa Tiba. Ianya seperti filem seram. Penduduk ketakutan dan tidak berani keluar dari rumah. Kami hanya mampu berdoa untuk keselamatan diri," katanya. 

Anak-anak mangsa kemudian menghubungi polis dan jam 9 pagi, ratusan penduduk berkumpula di Kampung Mabolu di daerah Lohia, wilayah Muna dan membunuh ular tersebut sebelum membelah perutnya untuk mengeluarkan mayat mangsa. 

Berdasarkan kedudukan mayat mangsa, mangsa ditelan dari bahagian kepala terlebih dahulu. 






Menurut siasatan polis, mangsa pada petang kejadian keluar untuk memeriksa halaman rumahnya dan tidak kembali lagi seepas itu. Anak-anak dan beberapa penduduk yang lain cuba mencarinya selepas mangsa tidak pulang ke rumah.