(Video) 'Ini kali pertama pandu Ferrari' - Baru sewa beberapa minit dah jahanam kereta bernilai RM2.6 juta

Loading...

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah kereta Ferrari yang dipandu seorang wanita hilang kawalan lalu merempuh besi pembahagi jalan, lapor Daily Mail

Dalam kejadian di Wenling, China, pemandu wanita terbabit dikatakan baru saja menyewa kereta Ferrari 458 itu. 


Malangnya, baru beberapa minit saja menggunakannya, kereta itu terbabas ketika melalui jalan yang licin dan melanggar besi pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah kereta SUV BMW di laluan bertentangan, yang turut menyebabkan kereta itu melanggar kereta di sebelah kanannya. 

Kereta import yang dibeli oleh syarikat sewaan kereta dengan harga $660,000 (RM2.6 juta) mengalami kerosakan teruk di bahagian depan akibat kemalangan itu. 



Turut tersebar video lain dipercayai dirakam oleh pemandu wanita itu sendiri di bahagian tempat duduk pemandu ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, berlagak dengan kemampuannya menyewa kenderaan mewah itu.

"Kali pertama memandu kereta Ferrari. Ini benar-benar rasa sungguh menakjubkan!" kata wanita terbabit dalam video tersebut. 






Bagaimanapun, pemandu dan penumpangnya tidak mengalami kecederaan serius. 

Anggaran untuk membaikpulih kerosakan yang dialami kenderaan itu mencecah $300,000, separuh dari harga kereta tersebut. 

Tidak diketahui sama ada wanita terbabit dilindungi insurans atau pihak yang mana akan menanggung kos kerosakan kereta tersebut.