(Video) 'Kita tunggu azan habis dulu' - Guan Eng hentikan sidang media bagi menghormati azan berkumandang

Loading...

"Tunggu, kita tunggu dulu sampai habis azan," demikian kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menangguhkan sidang media seketika bagi menghormati azan Zohor yang sedang berkumandang. 

Lapor mStar Online, sidang media itu diadakan pada lewat tengah hari Selasa semasa masuknya waktu Zohor. 

"Kita tunggu dulu sehingga selesai azan," kata Guan Eng buat kali kedua sebelum sidang media senyap seketika untuk menghormati azan. 

Rakaman sidang media itu kemudian viral di media sosial dan menerima pelbagai reaksi netizen yang memuji tindakan Menteri Kewangan itu. 

Menurut Pegawai Media Lim Guan Eng, Rahmah Ghazali yang berkongsi mengenai perkara itu di Facebooknya berkata, pihak surau di kementerian itu kebetulan mengadakan tazkirah pada hari itu dan menggunakan pembesar suara. 

Rahmah yang juga berada dalam bilik sidang media berkata, dia menjadi panik pada ketika itu dan terus berlari keluar meminta pengawal memperlahankan sedikit suara azan itu. 


"Aku yang dalam bilik tu dah panik. Terus berlari keluar beritahu pengawal, kalau boleh perlahankan sedikit suara azan tu. 

"Lepas masuk balik bilik sidang media, semua orang termasuk Lim Guan Eng tengah senyap, tanda menghormati azan. Aku terus terkedu," kata Rahmah. 

Di media sosial, netizen kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Guan Eng dan kata mereka, ia wajar dicontohi oleh semua rakyat Malaysia.

"Lim Guan Eng yang bukan muslim tunjuk akhlak yang mulia. Persoalannya, bila kita yang muslim ini nak menunjukkan akhlak sebaik beliau dengan menghromati agama dan adat kaum lain?" kata Shazmin Ghazali.

Bagi Francis Kong pula, tindakan Guan Eng itu sendiri jelas membuktikan bahawa DAP bukan anti-Islam seperti yang didakwa pihak pembangkang selama ini.

"Who says that DAP is anti-Islam? Just look at LGE, he respect the azan. Did any former BN/UMNO ministeris practice this? Action speaks louder than voice. My respect to you LGE," katanya.

"Salute YB Lim Guan Eng. Kami orang Islam Melayu rasa bangga mempunyai Menteri Kewangan seperti ini. Semoga Allah memberi hidayah kepada semua saudara sebangsa Malaysia saya. Aminnn!" kata Al Faqry Muhammad.