(Video) Nak tolong dia reverse kereta, alih-alih kena langgar


Hasrat seorang lelaki cuba membantu seorang pemandu wanita, bertukar menjadi tragedi apabila dia dirempuh kenderaan tersebut. 

Wanita yang memandu kereta kompak berkenaan pada awalnya kelihatan teragak-agak ketika cuba memarkirkan kenderaannya secara mengundur di sebuah restoran.

Mangsa yang ternampak situasi itu kemudian datang ke belakang kenderaan itu untuk membantu pemandu berkenaan.

Malangnya, wanita itu gagal mengawal tekanan pada pedal minyak menyebabkan keretanya mengundur laju ke belakang. Mangsa yang terkejut cuba beralih ke belakang, namun gagal mengelak lalu dilanggar kereta tersebut. 


Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku pada bulan lepas di Hanoi, Vietnam.

Akibat dari kemalangan yang tidak disengajakan itu, mangsa mengalami patah tulang rusuk, patah kaki dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.