18 kes HFMD dikesan di Kota Belud

Loading...

Sebanyak 18 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dikesan di Kampung Kiau, Kota Belud, yang kebanyakannya membabitkan kanak-kanak prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau, lapor Harian Metro

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Stephen Wong, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah mengarahkan prasekolah berkenaan ditutup selama 10 hari bermula dari semalam berikutan penularan penyakit itu. 

Beliau berkata, arahan penutupan itu dibuat bagi mengelakkan penyakit itu merebak dan pihak berkenaan diarahkan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan premis dalam tempoh yang diberi. 

"Pada 10 Julai, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Belud telah menerima tiga notifikasi kes penyakit HFMD. Verifikasi telah dilakukan dan mendapati dua kes adalah murid prasekolah SK Kiau.

"Kedua-duanya mengalami gejala ulser di mulut, tangan dan kaki. Pengesanan kes secara aktif mendapati 11 orang disahkan HFMD iaitu enam orang murid prasekolah (juga dari SK Kiau) dan lima orang kontak keluarga.

"Sehingga 12 Julai 2018, melalui pengesanan kes secara pasif, tujuh orang dinotifikasikan, menjadikan jumlah kes di Kampung Kiau sebanyak 18 kes," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan negeri akan terus mengambil langkah perlu bagi mengawal penularan penyakit berkenaan.