Bayi 5 bulan maut akibat kecederaan di kepala, namun pengasuhnya masih bebas

Loading...

Berita penculikannya tersebar di media sosial, namun selepas beberapa jam penularan berita tersebut, rakyat Malaysia terkesan dengan berita yang menyatakan bayi yang berusia lima, Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif telah meninggal dunia di rumah pengasuh. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian otak kanannya. 

Keadilan telah berpihak kepada kedua ibu bapa Adam apabila pengasuh tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa. Walaupun pengasuh terbabit telah ditahan, namun peristiwa ini tetap memberikan kesan yang mendalam kepada keluarga mangsa.

Kes seperti ini bukan sahaja berlaku kepada keluarga ini, malahan ada juga yang mendakwa berlaku ke atas anak dan mereka tidak dapat menuntut keadilan yang sewajarnya. Pelaku terbabit kini dikatakan masih bebas dan mangsa menanggung kesedihan dengan apa yang telah terjadi ke atas anak mereka.

MEREKA mempunyai persamaan. Punca kematian mereka adalah sama, disebabkan HENTAMAN PADA OBJEK YANG TUMPUL DI KEPALA! Tapi sekurangnya ibu ayah Adam telah berjaya mendapatkan kebenaran apa yang berlaku ke atas Adam dan inshaAllah keadilan akan berpihak kepada mereka. 

Tapi nasib aku dan suami sebaliknya, walaupun hasil post mortem sudah tunjukkan kebenaran apa yang berlaku ke atas Aisy tapi untuk mendakwa si polan bukan senang. Kami perlukan bukti yang kukuh untuk jatuhkan pertuduhan tu. Semua atas usaha pihak berkuasa untuk membantu kami. 


Ramai orang di luar bertanya "Macam mana dengan kes anak kau, Julia?" Sukar untuk aku jawabkan sebenarnya. Sebenarnya masih dalam siasatan (Entah la nak siasat macam mana lagi kan. Bukti dan statement aku dan suami memang sehabis baik kami beri kerjasama). Mungkin kami bukan di kalangan orang yang berpengaruh untuk dapat perhatian dari mereka. 

Bila kami cuba untuk share di media sosial, pelbagai suara-suara sinis yang keluar kononnya kami masih tidak redha?? Allahukahbar! Sedangkan niat sebenar aku dan suami untuk membuka mata orang di luar supaya kes macam ni harap tidak berulang lagi. Dan kami cuba untuk mendapatkan keadilan untuk anak kami kerana kuasa viral juga memang sangat-sangat membantu sebenarnya. Sebab apa, sebab kerjasama orang di luar dan pihak sepatutnya akan cuba ambil perhatian dan tindakan yang cepat. 

Aku dapat rasa apa yang ibu bapa Adam rasa. Sedih, sakit, geram, kecewa dan macam-macam lagi perasaan ada dalam diri kami. Orang di luar mudah untuk berkata-kata, tapi orang yang menanggung tak payah cakaplah. 

Cuma aku boleh kongsikan jika benda berlaku kepada ibu bapa di luar sana,  jangan sesekali berputus asa untuk mendapatkan keadilan bagi anak mereka. Sebab anak kita dah korbankn keseluruhan kesakitan mereka untuk kita.  Dalam Islam pun kita dituntut untuk dapatkan kebenaran itu. Aku memang tak terkesan dengan kata-kata orang sekarang ni. Cakaplah apa yang mereka nak cakap, "Yang hilang tu anak aku, bukan anak kau!

Sakit beranak ini pun tak habis lagi, kau nak suruh 'maafkan orang tu" walhal orang itu tiada sebarang pengakuan, tiada sebarang perkataan "MAAF". Yang ada hanya statement untuk menyalahkan aku dan suami dengan apa yang berlaku ke ats Aisy!  

Ada lagi yang tanya pada aku “Kau tak cuba ke slow talk dengan dia?" Allahuakhbar! Sepanjang arwah Aisy di wad, aku cuba untuk bertanya secara baik dengan si polan. Bukan setakat itu sahaja, aku "MERAYU" kepada si polan supaya berterus terang dan berlaku jujur sebab dalam kepala otak aku, tak sanggup nak tengok Aisy di post mortem. Tapi si polan tetap bekeras dengan jawapan dia "TAK TAHU!". 


Tetapi bila pihak berkuasa share dengan aku apa keterangan si polan ini, baru aku tahu dia cuba untuk putar belit salahkan kami. Sedangkan terang-terang pagi itu anak aku memang sihat. Ada juga video pagi tu memang anak kami dalam keadaan yang sihat dan aktif dan tiada unsur dia terjatuh dari tangan kami.

Memang kau boleh lari si polan. Kau boleh cuba untuk rahsiakn semua ini, tetapi setakat kau boleh menipu semua ini, akhirnya kau akan kecundang juga dengan putar belit kau! Trauma aku tak payah cakaplah sampai ke saat ini aku memang selalui terfikir macam manalah keadaan Aisy ketika itu. 

Sakitnya anak aku, kenapa si polan tak nak call aku. Kenapa perlu dirakam video dengan niat untuk menyelamatkan dirinya sahaja. Kenapa biarkan Aisy dalam keadaan yang sangat-sangat sakit macam tu? Kejamnya kau. Aisy tak bersalah dengan kau, sampai hati kau boleh buat macam ini pada anak aku?? 

Aku tahu, sekarang ini kau pun pura-pura untuk hidup dalam keadaan tenang. Walhal hati kau memang tak tenteram pun tambah-tambah sekarang isu baby Adam ini hampir sama dengan kejadian Aisy! Korang rasa dia boleh tenang ke? Setakat mana kau boleh abaikan? Setakat mana kau boleh diam? Silap-silap benda ini boleh makan diri kau juga. Jadi tak perlulah kau nak update sangat status yang berunsur muhasabah untuk diri  orang lain.

Jadi status ini aku public kan supaya kau boleh baca dan hadam apa yang aku rasa supaya kau sendiri rasa tak tenteram. Jadi kau kena ingat aku tak akan behenti untuk dapatkan keadilan untuk anak aku walaupun makan bulan, makan tahun untuk memperjuangkan kebenaran ini. Kau kena pegang semua ini ye.  

Jangan ingat tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa kau boleh jalani hidup macam biasa. Kau tak tahu kesan yang berpanjangan aku dan seluruh keluarga tanggung terutama sekali untuk Fatihah dan Imani yang tak henti bertanyakan Aisy dan cuba untuk faham apa yang sebenarnya berlaku ke atas adik mereka.

Jadi jangan pertikaikan redha aku! Apa yang aku buat semuanya untuk segala pengorbanan anak syurga aku Aisy! Aku tak akan berhenti dan berputus asa!

Sumber: Julia Rahim