Bayi dicampak dari tingkat 2 meninggal dunia

Loading...

Bayi lelaki yang dicampak dari tingkat dua bangunan di Jalan Hentian 4, Hentian Kajang pada 24 Jun lalu dilaporkan telah meninggal dunia Sabtu lalu, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya di Hospital Kajang bahawa bayi malang itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.53 pagi. 

"Akibat kecederaan parah dialami, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia pada jam 4.53 pagi Sabtu lalu, ketika dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital terbabit," katanya. 

Sementara itu, ibu kepada bayi itu juga telah didakwa di Mahkamah Seksyen Kajang pada 6 Julai mengikut Seksyen 307 dan 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dan menyembunyikan kelahiran bayi selepas bayi berkenaan meninggal dunia sehari selepas wanita terbabit dituduh di mahkamah. 

Dalam kejadian 24 Jun lalu, wanita warga Indonesia berumur 22 tahun itu telah mencampak bayinya yang baru dilahirkan dari tingkap bilik air rumah di tingkat dua bangunan di Jalan Hentian 4, Hentian Kajang. 

Mangsa terjatuh di atas bumbung restoran sebelum ditemui di atas jalan berhampiran besi konkrit di belakang sebuah restoran. Mangsa kemudian diambil oleh orang awam dan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera berikutan keadaannya yang kritikal. 


BERITA BERKAITAN: