'Beginilah yang sepatutnya ulamak dan umarak' - Netizen


Pentadbiran sesebuah negara sukar dibentuk jika hanya seorang yang bertindak sebagai pemacu kepada negara. Sebaliknya, jika ramai tangan menghulurkan bantuan dan memberikan idea dan pandangan, maka wujud lah sebuah negara yang berwawasan dan progresif.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli melalui bebenang di Twitter, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tun Mahathir di atas peluang yang diberikan bertemu dengan beliau. Pertemuan tersebut yang berlangsung selama 45 minit membincangkan mengenai isu-isu berkaitan Islam dan umat Islam sama ada di dalam dan luar negara. Perbincangan tersebut juga merangkumi penerangan fungsi dan peranan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan serta harapan kepada kerajaan baharu.

Beliau juga menghadiahkan beberapa buah buku tulisannya kepada Tun Mahathir.

TERIMA KASIH TUN!

Alhamdulillah, akhirnya berpeluang duduk bertemu mata dengan YAB Perdana Menteri bagi membincangkan isu-isu berkaitan Islam dan umat Islam samada dalam dan luar negara. Hampir 45 minit perbincangan berlangsung dengan perkongsian buah fikiran yang amat baik.

Saya juga mengambil kesempatan untuk menerangkan fungsi dan peranan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di peringkat Wilayah Persekutuan, Malaysia dan juga dunia Islam amnya serta menyampaikan harapan kami pada kerajaan baharu.

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada YAB Perdana Menteri atas layanan yang amat baik, respon dan pendapat yang tuntas untuk sama-sama dikaji dan ditekuni sebaiknya.

Tidak lupa, Selamat Hari Lahir diucapkan kepada YAB Perdana Menteri. Saya mendoakan semoga YAB Tun Dr. Mahathir dikurniakan kesihatan untuk melaksanakan tugas dalam membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

Turut dibawa bersama beberapa buah buku tulisan saya sebagai buah tangan kepada beliau. Antaranya:

Matla Al-Badrain Wa Majma Al- Bahrain oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani edisi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. [3 jilid] - 2017







Pertemuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir juga dipuji netizen. Rata-rata netizen mengharapkan pertemuan tersebut dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di Malaysia.