Curiga, isteri potong kemaluan suami dengan gunting

Loading...

Seorang lelaki di China terpaksa menahan derita apabila kemaluannya dipotong dengan gunting oleh isterinya, lapor Shanghaiist. 

Mangsa yang dikenali sebagai Li berkata, dia tidak menyedari isterinya datang menyerang dari belakang sebelum organ terpenting dalam kehidupan seorang lelaki itu terputus dari badannya. 

Sebelum kejadian, mangsa berada dalam keadaan tanpa seurat benang sedang mengosok giginya pada pagi Sabtu di dalam bilik mandi di kediaman mereka di Fengcheng, wilayah Jiangxi dan secara tiba-tiba isterinya datang dan menggunting kemaluannya. 

Terkejut dengan tindakan isterinya, Li yang berada dalam kesakitan cuba menghentikan pendarahan dan terus bergegas ke hospital untuk mendapatkan bantuan. 

Doktor berjaya menyambung semula alat kemaluan Li, namun memberikan amaran bahawa terdapat kesan sampingan yang berisiko tinggi. Menurut doktor, sekiranya alat kemaluan Li tegang secara tiba-tiba, ia boleh mengganggu saluran darah. 

Selain masalah itu, Li juga mungkin tidak dapat lagi menikmati hubungan seks seperti sebelum ini walaupun alat kemaluannya telah berjaya disambung semula. 

Difahamkan pihak polis sedang menyiasat kejadian itu. 

Menurut laporan media tempatan, Li mendakwa kerja baharunya telah membuatkan isterinya berasa curiga dengan segala apa tindak tanduknya sehingga melarang dia untuk tidak bercakap di telefon atau senyum pada mana-mana perempuan yang ditemuinya di tempat kerja. 

Li juga mendakwa, sikap curiga isterinya yang sangat keterlaluan itu pernah menyebabkan mereka bertengkar.