'Dia peluk kerana mahu pujuk saya marahkan dia' - Ifa Raziah

Loading...

Susulan dikecam netizen berhubung gambar adegan peluk bersama artis yang dimuat naik Datuk Boy Iman di Instagramnya baru-baru ini, Ifa Raziah tampil memberi penjelasan dan meminta orang ramai tidak memperbesarkan perkara itu. 

Ifa atau nama sebenar, Saripah Raziah Mustapha berkata, dia dan Boy Iman sudah lama mengenali antara satu sama lain. Malah hubungan mereka sememangnya rapat dan dia juga menganggap Boy Iman seperti adiknya sendiri. 

"Saya dan suami memang rapat dengan Boy Iman, malah dia sudah kami anggap seperti adik sendiri. Disebabkan terlalu rapat, jika ada benda yang tidak kena, kami akan saling menegur. 

"Foto itu diambil ketika saya dan Boy Iman bertemu pada satu majlis baru-baru ini. Dia memeluk saya kerana mahu memujuk saya yang marahkan dia kerana lupa diri. Hanya itu dan rasanya tidak perlulah perkara ini dihebohkan. 

"Suami saya faham dan tahu perkara sebenar yang berlaku, kenapa orang lain pula yang susah hati?" katanya. 

Terdahulu, Boy Iman atau nama sebenar Norul Iman Abd Rahman memuat naik gambar kontroversi itu di Instagramnya dengan kapsyen dia berbuat demikian kerana mahu menunjukkan Ifa sudah kurus, pakaiannya cantik dan sebagai tanda sayangnya kepada Ifa yang dianggap seperti kakak sendiri. 

Bagaimanapun, netizen menegur tindakannya itu yang dianggap tidak wajar kerana Ifa merupakan isteri orang dan kedua-duanya sepatutnya tahu akan batasan masing-masing. 
BERITA BERKAITAN: