'Makcik itu datang dan kata kedai saya kena sihir'

Loading...

Lumrah kehidupan sesetengah masyarakat, apabila berdepan dengan kesusahan mereka akan menggunakan khidmat pintas memohon pertolongan 'perantara’ bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu kehidupan mereka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Fenomena penggunaan pelaris antaranya dilihat sebagai satu keperluan peniaga-peniaga untuk memajukan perniagaan, sedangkan perkara ini bercanggah dengan akidah Islam.

Seorang perawat berkongsikan pengalamannya di Twitter mengenai kisah yang berlaku ke atas seorang pengusaha kedai yang telah menggunakan ilmu ini. Akibat tidak dapat memenuhi segala kehendak seorang Mak cik yang 'merawat’ kedainya, lelaki berkenaan terpaksa menanggung padahnya.

AKU pesan awal-awal. Cerita ini memang ada kena mengena dengan pesakit yang pernah aku rawat. Tetapi tiada kena mengena dengan mana-mana pertubuhan mahupun persilatan. Harap tiada yg menuding jari pada siapa-siapa lepas membaca kisah ini. Dan sekali lagi nama pesakit telah diubah untuk menjaga aib.


Seperti biasa. Kita awali kisah kita dengan bismillahirrahmanirrahim dan ayatul kursi. Sekurang-kurangnya kurang sedikit rasa takut dalam diri. Ingat, kisah ini bukan untuk menakutkan kita, tetapi untuk menambahkan keyakinan kita pada ALLAH.

Watak dalam cerita ini aku sebagai perawat dan pesakit kali ini namanya abang Faizal (nama dah diubah). Kebetulan pada hari itu, jadual aku bertugas merawat orang selepas isyak. Hari itu aku tak ada appointment, tapi aku didatangi keluarga yang membawa abang Faizal.


Aku tengok macam manusia normal tetapi keluarga dia kata abang Faizal mengalami tekanan jiwa yang teramat sangat. Bisnes secara tiba-tiba drop mendadak, tubuh badan susut hilang kudrat untuk pergi ke kedai.

Tanya sikit-sikit aku pun mulakanlah sesi ruqyah sebab Faizal boleh bercakap seperti normal dan tak ada apa. Sewaktu ruqyah aku tengok tak ada apa-apa reaksi, jadi aku bagi makan madu yang dah dicampur dengan beberapa makanan sunnah yang lain.

Masa ini, Faizal bagi hint seperti nak muntahkan sesuatu. Aku bagilah baldi yang dah memang aku sediakan untuk merawat pesakit yang nak muntah ke apa. Ketulan-ketulan darah beku yang keluar dari muntah pesakit. Waktu ini tahulah aku something wrong somewhere dengan pesakit ni.


Terdetik dalam hati aku untuk pergi ke tempat berniaga Faizal. Faizal berniaga makanan western dekat SS15 (dekat dengan Pelita). Kedai dia dah tutup sekarang.

Aku tanya family dia apa benda pelik yang berlaku pada Faizal sebelum ini. Dah pernah pergi berubat ke sebelum datang tempat aku. Sebelum ini hanya minta-minta air sajalah dengan ustaz-ustaz. Tetapi makin parah dia ni. Dia kata hidung dia sentiasa bau hanyir. Bila mandi air yang ustaz tu buat kepala dia mencucuk-cucuk macam ada jarum yang tekan kepala dia.

Aku tak salahkan ustaz yang buat air shifa. Kemungkinan yang dia rasa menyucuk di kepala dia adalah effect daripada gangguan yang pesakit alami. Husnuzon sikit!

Esoknya selepas asar aku sampai di kedai Faizal. Lama aku perhatikan kedai dia dari luar. Nampak ada unsur-unsur kedai ditutup penglihatan yang melihatnya. Walhal aku tengok dalam bukan main sibuk lagi pekerja-pekerja si Faizal ni.

Masuk saja ke dalam kedai, ada bahang yang keluar dari kedai. Tetapi terasa diri aku diperhatikan. Suara hati aku kata, kedai ini ada pakai pelaris ni. Tapi aku diamkan dulu, tak naklah nanti dikatakan aku memandai-mandai buat tuduhan.

Diakhir kisah ini aku akan selitkan sedikit amalan yang tak menyimpang dari syariat islam untuk digunakan pakai sebagai usaha pembuka pintu rezeki.

Faizal mempelawa aku untuk makan dulu, baru aku teruskan sesi untuk memulihkan kedai dia. Dia hidang chicken cordon blue (menatang apa tah), layankan saja. Sedang elok aku lepas baca doa makan dan bismillah lima. Potong saja ayam itu, aku tengok ada kesan darah. Means ayam itu ayam mentah. Walhal Faizal beria-ria cakap ayam itu direbus terlebih dahulu. Mustahil ada darah dan mentah. Aku tolak pinggan makan aku. 

"Belum apa-apa lagi dah kena uji ni" bisik aku dalam hati.

Memandangkan dalam kedai hanya tinggal pekerja dia sahaja. Aku suruh semua berkumpul dan seorang demi seorang aku tanya ada benda-benda pelik tak berlaku dalam kedai ini.

First selalu ada bangkai tikus mati dekat dapur seperti dimakan sesuatu. Lepas kerap tikus mati ada tiga ekor bangkai burung gagak mati dekat dalam exhaust fan. Kemungkinan kebetulan. Terakhir selepas dua minggu kes jumpa bangkai mereka jumpa bangkai monyet dekat depan kedai.

Mulut aku dah gatal nak tanya dekat Faizal ini. 

"Bang, aku nak kau jujur dengan aku bang. Ada sesiapa offer kau nak pagar kedai ke nak bagi pelaris ke apa dekat kau ni" aku sebut je pasal pelaris. Zuppp angin lalu dekat tepi belah kiri aku. Aku pun pandanglah dekat satu sudut di mana hala angin itu. Dah sudah, muncul dah makhluk ini. Macam tahu-tahu saja nama kena sebut. Elok saja intai aku. Cilaka betul.


"Ada bang. Dalam tiga bulan lepas ada seorang makcik ini datang. Dia kata kedai saya ini kena sihir. Kebetulan pula masa itu pekerja saya ramai yang sakit dan tak lekat bekerja dengan saya. Jadi saya percaya sajalah apa yang makcik itu kata.

"Memandangkan saya memang tak ada pengalaman dalam ilmu-ilmu ini bang, saya mati-matilah percaya. Kenapa ya bang? Ada yang tak kena ke?" soal Faizal kembali.

"Faizal. Ada apa-apa barang ke yang dia bagi? Dan ada benda-benda pelik ke dia minta dan dia bagi? Tolong cerita sepenuhnya dekat saya. Kalau tak sulit saya nak bantu Faizal," kata saya.
"Jap bang, saya kumpulkan semua yang dia bagi, betul kata abang memang ada pun," kata Faizal.

Dia kumpulkan barang-barang. Hambik kau! Tahi besi di setiap penjuru kedai, kulit kijang putih yang siap di wafak, botol-botol yang berisi dengan minyak dan ada amalan yang perlu dibuat. Aku tanyalah untuk apa saja barang-barang ini semua (walaupun aku tahu fungsinya). 

Makcik itu kata, "...ini untuk pendinding daripada sihir dan wafak ini untuk kekebalan saya status saya sebagai usahawan. Minyak-minyak ini untuk pelaris kedai ni."

Tepuk dahi aku. "Faizal, ini zaman dah maju. Yang percaya benda-benda kolot ini buat apa? Itu kan dah syirik percaya pada barang," Faizal hanya menundukkan kepalanya. . 

Sebelum aku start khutbah dekat Faizal, aku skip terus neutral kan dulu barang-barang yang ada depan aku. Selesai neutral aku tanya Faizal. "Kalau kata untuk pelaris dan pagar kedai kenapa gangguan masih lagi ada dalam kedai ni? Ke ada pantang yang Faizal langgar?"

"Semua yang dia suruh saya buat bang cuma dua perkara yang saya tak buat bagi duit untuk korban kambing dan membuat amalan yang dia bagi. Silap saya bang. Saya pernah bagi dia duduk di kedai saya selama seminggu. Saya tak tahulah apa yang dia dah buat dalam kedai ini.

"Saya tak ada duit dah bang. Sekali dia datang saya kena bayar RM3,000 untuk sesi dia. Jadi saya hold dulu. Tapi makin teruk keadaan saya. Saya jadi susah nak keluar rumah. Hidup sentiasa dalam keadaan takut. Sebab mak cik tu cakap segala padah saya kena tanggung"

“Macam inilah Faizal, kita abaikan dulu perihal makcik itu. Kita cuba pulihkan dulu kedai ni. Aku pergi ke masjid di Subang, ambil sebaldi air dari masjid.

Malam tu lepas isyak kedai Faizal tutup awal untuk bagi ruang aku clearkan gangguan yang ada. Aku bancuh air itu dengan pati minyak shifa yang aku buat.

Siap je air untuk cuci kedai, aku minta garam dengan lada hitam. (Lada hitam untuk menyerang makhluk-makhluk halus dan menghalau. Manakala garam untuk pemagaran) usai aku lempar kan lada hitam aku lempar garam diseluruh kedai faizal.

"Tunggu dua tiga jam baru sapu dan mop dengan air yang saya dah bancuh ni. Letak sekali pencuci tak ada masalah" sementara tunggu aku minta masing-masing baca surah albaqarah tak kisah sampai habis atau tidak. Biar kedai ini dihiasi dengan bacaan Al-Quran.

Sekejap sahaja gangguan (dengar bunyi dapur macam sibuk dengan orang buat kerja padahal semua pekerja ada dekat dengan aku) selesai gangguan tu.(selepas tiga jam) mula sesi sapu garam dan lada hitam. Lepastu mop.

"Faizal. Balik ini, saya nak awak buat solat sunat taubat dan lakukan taubat nasuha. Awak dalam tak sedar telah lakukan syirik besar pada Allah. Jadikan ini pengalaman awak untuk menjadi lebih baik lagi selepas ini. Jika awak nak, di dalam Al-Quran penuh dengan ayat-ayat untuk rezeki. Jika rezeki disulitkan, perbanyakkan bersedekah. Jangan tunggu kaya baru nak sedekah tapi dari sekarang kena rajin bersedekah.

Okey, ini amalan yang sama aku ajarkan pada Faizal. Boleh ambil ya amalan ini. Jangan risau ayat quran semuanya.

i. Selawat ke atas nabi 44 kali (sebagai pembuka amalan)
ii. Ayat seribu dinar 100kali
iii. Selawat ke atas nabi 44 kali(sebagai penutup amalan)

Alhamdulilah dalam masa dua tiga minggu kedai Faizal kembali pulih seperti sediakala (sebelum waktu makcik itu datang) sampaikan kedai dia masuk jalan-jalan cari makan. Tapi bisnes dia di SS15 tidak lama. Dia dapat peluang dan tapak lebih besar untuk dia berniaga di Perak. Jadi dia pindah ke sana.

Aku bukan apa, aku tulis thread ini sebagai pengajaran kepada orang-orang di luar sana yang cepat percaya kepada tahyul mahyul ini. Sedangkan orang yang kata nak tolong itulah yang menambah perasa kepada kesulitan yang kita alami.

Jika perlukan apa-apa, mintalah pada Allah, jangan bersandar kepada makhluk. Akhir kalam kali ini, aku bercerita tentang perniaga yang tersilap langkah menggunakan khidmat mbah dukun. Harap-harap lepas ni tiada lagi yang jadi mangsa seperti abang Faizal.

Maaflah ya. Cerita kali ini tak seram pun bagi aku kerana bagi yang seram itu adalah tatkala kita berhadapan dengan makhluk-makhluk ini. Waktu itu baru kita tahu tahap seram macam mana.

#BilaLampuTerpadamDenganSendiri
#seramshit #wafak #amalanayatseribudinar

Sumber : @jebat_165