'Naikkan usia minimum perkahwinan kepada 18 tahun' - TPM

Loading...

Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan pihaknya sedang mengambil langkah-langkah untuk menaikkan usia minimum perkahwinan kepada 18 tahun. 

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagram rasminya beliau berkata, pihaknya mengambil maklum tekanan dan kebimbangan orang ramai berhubung insiden seorang lelaki berusia 41 tahun didakwa berkahwin dengan seorang kanak-kanak perempuan warga Thailand berusia 11 tahun. 

Kes itu katanya, sedang disiasat dan beliau meminta orang ramai tidak menghukum sesuatu isu dan  menunggu hasil keputusan siasatan. 

Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata, pihaknya akan bertindak mengikut undang-undang sekiranya sudah memperolehi bukti.

"Kami mengambil maklum tekanan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh insiden seorang lelaki warga Malaysia berusia 41 tahun yang didakwa berkahwin dengan seorang gadis warga Thailand berusia 11 tahun yang tinggal di Gua Musang, Kelantan.

"Pendirian kami adalah jelas dan konsisten sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan pada 2 Julai. Kami tegas menentang perkahwinan kanak-kanak dan kami sedang mengambil langkah-langkah untuk menaikkan usia minimum perkahwinan kepada 18 tahun. Pegawai kami sedang mengusahakannya. Kedudukan kami mengenai isu ini tidak berubah.

"Kejadian khusus di Gua Musang ini masih sedang disiasat oleh pelbagai agensi. Pihak kami bertindak sebagai penyelaras kepada siasatan ini.

"Adalah tidak bijak untuk menghukum sesuatu isu sebelum semua bukti dikumpulkan dan penyiasatan diselesaikan.

"Sebagai kerajaan, kami perlu bertindak mengikut undang-undang persekutuan. Inilah yang dimaksudkan dengan kedaulatan undang-undang. Tindakan yang akan diambil untuk kes ini mestilah berasaskan kepada bukti.

"Kami akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini hanya selepas siasatan selesai dijalankan.

"Walaupun memahami kemarahan yang ditimbulkan oleh insiden ini, adalah penting untuk kita tidak membiarkan perasaan peribadi menentukan tindakan yang patut diambil.

"Adalah tidak adil untuk menghukum seseorang melalui media sosial hanya kerana perasaan kita mengenai isu ini," katanya. 

Kami mengambil maklum tekanan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh insiden seorang lelaki warga Malaysia berusia 41 tahun yang didakwa berkahwin dengan seorang gadis warga Thailand berusia 11 tahun yang tinggal di Gua Musang, Kelantan. Pendirian kami adalah jelas dan konsisten sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan pada 2 Julai. Kami tegas menentang perkahwinan kanak-kanak dan kami sedang mengambil langkah-langkah untuk menaikkan usia minimum perkahwinan kepada 18 tahun. Pegawai kami sedang mengusahakannya. Kedudukan kami mengenai isu ini tidak berubah. Kejadian khusus di Gua Musang ini masih sedang disiasat oleh pelbagai agensi. Pihak kami bertindak sebagai penyelaras kepada siasatan ini. Adalah tidak bijak untuk menghukum sesuatu isu sebelum semua bukti dikumpulkan dan penyiasatan diselesaikan. Sebagai kerajaan, kami perlu bertindak mengikut undang-undang persekutuan. Inilah yang dimaksudkan dengan kedaulatan undang-undang. Tindakan yang akan diambil untuk kes ini mestilah berasaskan kepada bukti. Kami akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini hanya selepas siasatan selesai dijalankan. Walaupun memahami kemarahan yang ditimbulkan oleh insiden ini, adalah penting untuk kita tidak membiarkan perasaan peribadi menentukan tindakan yang patut diambil. Adalah tidak adil untuk menghukum seseorang melalui media sosial hanya kerana perasaan kita mengenai isu ini.
A post shared by Dr Wan Azizah Wan Ismail (@drwanazizah) on