Najib ditahan SPRM

Loading...

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, hari ini, lapor MalaysiaKini

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull kepada pihak media dan beliau kini juga sedang berjumpa dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

"Saya sedang berjumpa dengan ketua polis negara sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan media sekejap lagi," katanya.

Menurut beberapa sumber polis dan SPRM yang dihubungi MalaysiaKini itu mendakwa Najib dibawa dari rumahnya ke ibu pejabat SPRM Putrajaya jam 3 petang tadi untuk disoal siasat.