Pengasuh Adam Rayqal mengaku tak bersalah, minta dibicarakan

Loading...

Pengasuh kepada Adam Rayqal Mohd Sufi, bayi berusia 5 bulan yang ditemui mati di dalam peti sejuk didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan yang menyebabkan kecederaan kepala dan melupuskan mayat mangsa, awal bulan ini, lapor Berita Harian

Pengasuh terbabit, Noor Aqilah Abd Rahman, 33, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said. 

Mengikut kertas pertuduhan, Noor Aqilah sebagai orang yang mempunyai pemerliharaan terhadap Adam Rayqal, 5 bulan, didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala mangsa. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali. 


Dia juga dituduh melupuskan mayat mangsa dengan niat menyembunyikan kematian magnsa dan menyebabkannya terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut Sekyen201 Kanun Kesekaan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda. 

BERITA BERKAITAN: