Polis sahkan bayi 4 bulan maut kerana jangkitan kuman di paru-paru

Loading...

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengesahkan bayi berusia empat bulan yang dipercayai maut akibat tersedak susu di sebuah taska di Bukit Baru, Melaka semalam disahkan meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-paru, lapor Harian Metro

Polis mengesahkan perkara itu selepas mendapat laporan hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pegawai perubatan Hospital Melaka pada mangsa berlangsung selama lima jam yang berakhir pada jam 1.05 pagi tadi. 

Selain itu katanya, laporan bedah siasat juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah mahupun akibat tersedak susu seperti yang didakwa dialami oleh bayi berkenaan, Yusof AL Baihakki Zainal Abidin. 

"Kematian bayi itu adalah disebabkan jangkitan kuman pada paru-parunya. Pegawai perubatan akan meneliti rekod perubatan bayi berkenaan bagi mengenal pasti jika dia mempunyai masalah kesihatan sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun, pihaknya masih menunggu laporan sejarah perubatan bayi berkenaan daripada doktor yang menjalankan bedah siasat itu.

Polis juga akan mendapatkan keterangan daripada ibu bapa bayi berkenaan selepas mereka pulang dari Kelantan. Kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.

BERITA BERKAITAN: