'Raikanlah tetamu, jangan panggil anak orang macam monyet'

Loading...

Sejak kebelakangan ini, banyak viral di media sosial kes-kes anak tetamu datang beraya berkelakuan tidak sepatutnya meskipun sudah ditegah oleh ibu bapanya. Sehingga ada tuan empunya rumah menanggung kerugian ribuan ringgit dan haiwan peliharaan mereka mati. 

Hendak dipersalahkan, mereka masih lagi kanak-kanak. Hendak ditegur, dibimbangi tetamu pula berkecil hati. Kedua-dua pihak terpaksa menjaga hati masing-masing. Tetapi bagi wanita ini, perkara itu tidak perlulah diperbesarkan kerana sudah lumrah kanak-kanak bermain dan spontan melakukan apa saja yang terlintas di fikirannya pada ketika itu. 

Bagi beliau, saudara mara dan kenalan hanya datang menziarahi kita di hari perayaan sahaja dan sebagai tuan rumah kita sepatutnya meraikanlah tetamu yang sudi datang menziarahi kita. 

RUMAH saya tak ada TV Plasma. Rumah saya tak ada koleksi Hot Wheel atau apa-apa saja koleksi mahal. Rumah saya tak ada pun hiasan berkaca, barang mewah, sofa tebal. Tak ada. 

Datang saja beraya bawa anak-anak. Rumah saya, tak kisah bersepah, tak kisah makan kuih berterabur pada karpet. Tak apa. Nama pun raya, tetamu datang masa raya sahaja. Hari lain, bulan lain belum tentu. 

Raikanlah tetamu, tetapi jangan sesekali panggil anak orang macam monyet, terlebih gula, terlebih hiper. Jangan. Luluh hati si ibu, tak minta pun anak tiba-tiba datang rumah orang pecahkan tv, datang rumah orang kelebek koleksi, buka pintu bilik rumah orang. Spontan nak jadi. 

Jangan kerana anak kita sopan, kita kata anak orang macam monyet. Jangan kerana anak kita dengar kata, kita kata anak orang degil nak mampus. Jangan kerana anak kita duduk diam, kita kata anak orang terkinja-kinja. 

Setiap kali raya, mesti ada viral pasal kisah anak-anak buat hal di rumah orang yang dikunjungi dan komen-komen netizen sungguh menyakitkan hati. Tak semua anak akan dengar kata walau berkali-kali sebelum keluar kereta dah pesan banyak kali.

Sekadar nukilan, anak itu anugerah. Masa kecil mungkin sedikit nakal, inshaAllah besar nanti jadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Doakan yang baik-baik. 

Sumber: Azlina Ahmad

BERITA BERKAITAN: