'Rasa seram itu bermula pada malam pertama aku duduk di rumah sewa itu'

Loading...

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca.

KISAHNYA, berdasarkan pengalaman sendiri yang berlaku dalam bulan Mei 2012. 

Niat di hati, aku dan adik-adik aku nak sewa sebuah rumah kononnya. Tak nak duduk ramai-ramai sangat. Nak duduk dalam empat orang sahaja. So decid la nak sewa rumah di flat Wangsa Maju. Memang gembiralah sebab masa itu memang dah terdesaksangat nak pindah sebelum hujung bulan. 

Nak tengok interior rumah itu memang tak sempat sebab owner cakap, tenant yang di rumah itu keluar tepat pada hujung bulan. So, kitorang pun tak kisahlah kan. Kalau ada orang tinggal dalam rumah itu, mestilah bersih saja, kan?

So, kitaorang pun angkatlah barang-barang semua pada sebelah malam sebab petang itu owner kata nak bersihkan rumah dulu sebelum beri kitorang masuk. Memang lambatlah kitorang masuk rumah itu. Tapi aku tak stay rumah itu lagi. Adik aku dan seorang kawan saja yang kemas-kemas dan stay di rumah itu. Siap pindahkan perabot tv. Wah! Rajin dan commited sungguh diorang berdua. 

Ruma sewa kami itu di tingkat 5, tingat teratas. Tak ada lif, maklumlah flat saja kan? Ada dua bilik, 1 bili kair, dapur dan balkoni di belakang. Jiran rumah sebelah ini orang Bangladesh. Jarang tengok diorang sebab kerja syif. Jiran sebelah kanan pula, makcik yang tinggal dengan anaknya. 

Keseramannya bermula pada malam yang pertama kali aku tidur di rumah itu. Aku dah penat mengemas rumah di siang hari, tepat jam 12 aku pun nak masuk tidur dengan adik-adik aku. Kitorang tak berani tidur secara berasingan. Jadi, kami empat orang tidur di queen bed dalam bilik di belakang. Bilik di depan kosong, aku tak off lampu luar dan terus masuk bilik nak tidur. 

Tiba-tiba aku dengar bunyi 'TAK.. TAK... TAK.." bunyi tapak kaki seperti kaki budak. Bunyinya tak kuat tetapi jelas kedengaran. 

Mula-mula aku buat tak tahu tetapi lama kelamaan, aku dah macam tak boleh nak abaikan bunyi itu. Aku tengok adik aku pun macam tak tidur lagi, jadi aku cakap dengan dia. 

"Dengar tak bunyi tu?" 

"Biar je la," adik aku kata. 

Tetapi aku memang tak boleh nak abaikan bunyi itu. Semakin lama, aku jadi semakin takut pula. Aku suruh adik aku telefon kawan suruh temankan kitorang. Lama juga baru kawan dia sampai. Kemudian bunyi itu dah tak ada. Kitorang semua borak di living hall sampai jam 4 petang. Masa tu, semua dah mengantuk, esok paginya kena pergi kerja. Kitorang berempat pun masuk tidur di bilik. Kawan dua orang tidur di living hall. Aku tidur paling hujung sekali. 

Masa itu memang panas gila. Masa aku tidur, asyik terkejut saja dan berdebar tiba-tiba. Aku memang mengantuk sangat sampai malas nak fikir benda itu. Tetapi aku berdebar-debar, tak tahu kenapa. Kuat pula tu. 

Selepas itu kaki aku macam ditarik, sampaikan kaki aku jadi lurus. Aku terkejut dalam tidur tu. Pastu aku tengok kawan aku yang tidur di sebelah, dia gerakkan kaki dan tiba-tiba buka mata macam terkejut. Sama juga dengan seorang lagi adik aku. Tiba-tiba saja dia luruskan kaki masa tidur. Aku tanya dia kenapa, dia kata tak ada apa-apa. Selepas itu aku pun sambung tidur. 

Keesokan harinya, aku cerita kat kawan dan adik. Dia pun cakap benda yang sama. Aku dah agak seram dah. Benda itu main-main pula. Seorang adik aku kata, dia tak ada apa-apa cuma dia bermimpi lembaga hitam berambut panjang dan ada lembaga kecil. 

Kebetulan ada seorang kawan office yang adiknya pandai melihat benda-benda ghaib ini. Diorang pun datang ke rumah, buat bacaan yassin semua. Masa diorang sampai dan nak mula bacaan yassin, tiba-tiba bunyi pintu tertutup kuat. Tapi ada adap intu buka pun masa itu. Kami buat tak tahu. 

Selesai bacaan yassin, mulut adik itu terkumat kami membaca ayat Quran. Muka dia merah saja dan memandang ke satu arah. Aku agak dia nampak benda itu. Dia tutup mata, tapi riak mukanya seperti nampak 'benda' yang menakutkan. Dia suruh kitorang pagar rumah tiga malam berturut. 

Kami pun cuba buat. Masa maghrib itu, kitorang nak pagar rumah guna air yang sudah dibaca yassin. Adik saya terdengar suara orang menjerit ketika tabur air itu di dinding. Kawan saya pula, hujung jari kakinya terasa sakit sangat. Aku pula tak mengalami apa-apa masalah. 

Keesokannya di office, seorang kawan di office ada makciknya yang boleh tolong tengokkan rumah sewa kitorang. Dia call makcik dia dan tanya rumah kami di mana. Tiba-tiba makcik itu kata,

"Rumah itu ada lembaga hitam bertanduk dan dua anak. Seekor itu betina, seekor lagi jantan. Yang betina itu macam baby lagi. Yang jantan pula suka main keliling rumah."

Katanya, kitorang masuk rumah dan kemas rumah. Kitorang asyik terlanggar anak dia. Sebab itulah benda itu marah. 

Aku terkejut juga sebab makcik itu tau ada 'benda' di rumah itu. Katanya benda itu duduk di bilik yang gelap sikit. Aku tak fikir lagi bilik yang kami duduk itu, tetapi memang di bilik itulah sebab kawan aku ternampak juga benda-benda itu akhir-akhir ini masa kami duduk situ. Seram. 

Kami takut nak balik ke rumah. Rasa macam tak boleh nak tinggal di rumah itu lagi. Kami tidur di hotel yang berdekatan dengan Wangsa Maju, hotel murah-murah saja. Tak kisahlah, yang penting ada tempat untuk tidur. Rasa nak menangis juga masa itu sebab macam orang tak ada rumah, kan? Aku dengan kawan balik rumah ambil baju saja la. 

Satu hari aku dan kawan balik ke rumah. Tiba-tiba makcik rumah sebelah itu tegur sebab dia kata jarang nampak kitorang di rumah. Aku pun beritahu kiotrang tidur di rumah kawan sebab tak nak dia fikir yang bukan-bukan. Tapi dia yang mula bertanya. 

"Ada apa-apa tak kat rumah?" soal makcik itu. 

"Ada apa makcik? Makcik tahu ke?" soal aku. 

Selepas itu, dia pun ceritakan tentang tenant yang sebelum ini pernah nampak lembaga hitam di di bilik belakang. Aku pun dah agak, mesti ada orang yang tahu tentang rumah itu tetapi owner tak nak mengaku.

Akhirnya dia caj kitorang mengikut caj sewa beberapa hari kitorang tinggal di rumah itu. Kitorang pun decide nak cari rumah lain, tak kisahlah di mana. Akhirnya Alhamdulillah kami dapat cari rumah lain.

Rumah flat itu dengar kata, ada orang lain yang nak sewa dan penyewa barunya adlaah lelaki. Mungkin penyewa lelaki tidak kisah duduk serumah dengan benda itu atau diorang boleh keluarkan benda itu dari rumah. 

Itulah pengalaman yang aku tak boleh lupakan. 

Sumber: Alina 84