'Rasain lu Jamal' - KDN sahkan Jamal ditangkap POLRI

Loading...

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos telah ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).. 

Menurut beliau, Jamal ditahan pada jam 6.15 petang hari ini dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun dimaklumkan mengenai perkara itu dan diarah menguruskan proses membawa Jamal pulang ke Malaysia. 

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Republik Indonesia khususnya POLRI atas bantuan diberikan mereka," katanya. 

Terdahulu, Jamal menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri, semasa proses ikat jamin dilakukan terhadapnya yang didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak tahun lalu. 

Jamal bagaimanapun mendakwa, berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya dan dia menyangka proses berkenaan sudah selesai, lalu keluar menguruskan pengeluaran wang di Tabung Haji.