'Tuu diaa peluk bini orang baq hang' - Netizen pertikai Boy Iman upload gambar peluk Ifa Raziah

Loading...

Baru saja dimuat naik 7 jam yang lalu di Instagram, namun gambar itu sudah menerima banyak kritikan dari netizen terhadap Boy Iman atau nama sebenar Norul Iman Abd Rahman yang dianggap tidak wajar dilakukan. 

Menurut Boy Iman, dia menganggap Ifa sebagai kakak dan tindakannya memeluk 'kakaknya' itu hanya sekadar mahu menunjukkan tiga perkara. 

"Bersama my kakak 4eva, Diva Puk Puk Puk @Ifa_Raziah. Meletop baju hari ini jadi MC. 

"Peluk tu bukan apa, nak tunjuk tiga perkara. Perkara satu, dia dah kurus. Perkara kedua, sebab baju dia cantik sangat dan perkara ketiga pula nak beritahu dia yang kita sayang dia dan anaggap dia macam kakak kita sampai bila-bila," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut. 
Bagaimanapun di ruangan komen, netizen berasa kurang senang dengan adegan itu dan menjelaskan meskipun Boy Iman menganggap Ifa sebagai kakaknya, tetap tidak boleh berbuat demikian (peluk) kerana kedua-duanya bukan mahram. 

"Anggap kakak tu boleh. Dosa tetap dosa peluk-peluk gitu. Pangkat saja Dato, tapi akal pendek. Halal haram pun tak tahu," - Hisham_Lyna.

"Bini orang hukumnya haram. Nak halal, jadikan dia bini dulu hah!" - _Effa.Kamal.