'Untuk siapkan dua ekor ikan goreng ini, banyak pengorbanannya'

Loading...

Menguruskan rumah tangga, nampak mudah bagi golongan suami. Namun sebenarnya ia bukan semudah yang disangkakan. Lebih-lebih lagi jika keluarga sudah bertambah dan pastinya banyak perkara yang perlu diuruskan. 

Urusan rumah tangga tidak sepatutnya diuruskan oleh golongan isteri, suami adakalanya perlu membantu dan membiasakan diri untuk berbuat demikian. Apabila kedua-duanya saling bantu membantu, sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang dialami isteri. Dalam masa yang sama suami juga dapat belajar memahami rutin isteri. 

Dr Taufiq Razif gemar berkongsi tips dan ilmu rumah tangga di Facebooknya. Bagi beliau, seseorang suami itu tidak akan memahami pengorbanan isteri selagi tidak cuba mengambil alih tanggungjawab isteri. 

SERIUS! Dulu saya pun nampak dua ekor ikan saja. Sejak isteri saya tak boleh buat kerja berat sebab dalam pantang ni, saya ambil alih tugas dapur dan rumah.

Untuk siapkan dua ekor ikan ni, saya perlu bangun di waktu semua orang masih tidur. Yela, bila bangun je semua orang banyak pula mahunya kan. Sorang pampers dah penuh. Sorang nak mintak mandi, sorang pula mintak dukung. Haru jadinya kalau tak buat kerja ikut jadual yang betul.

Sebelum tu, mula-mula nak kena pergi pasar dulu.. Nak pergi pasar pula kena tengok dulu duit dalam dompet cukup ke tak. Eh tak cukup! Kena pergi ATM lagi untuk cucuk duit. Dah sampai rumah nak kena kemas dapur lagi. Yela, mana ada mood nak masak kalau dapur tak setel. Nak masak kena ada mood, salah mood kang jadi terlebih masin pula lauknya.

Baru je nak goreng, bunyi anak menangis pula. Kena pujuk anak tidur dulu. Eh, dah habis pujuk sorang, yang lain pula meragam. Otak dah macam pecah empat belas sebab ada empat belas benda nak kena fokus pada satu satu masa!

Dah setel semua, baru lah ikan ni selamat masuk di kuali. Eh dah selamat ke? Tak lagi, sepanjang goreng ikan tu ada berbelas belas kejadian lagi yang berlaku tapi saya tak nak tulis.

Kenapa? Saya nak korang tanya sendiri mak dan isteri korang selama ni. Serius, bagi kita orang laki ni nampak 2 ekor ikan je tapi bagi yang alami dan buat semua ni, ni bukan cuma 2 ekor ikan!

Dalam gambar ni ada air mata, kepenatan, kesakitan, gembira, tawa, duka, cinta, setia dan pengorbanan yang tak dapat dilihat oleh mata saya selama ni.

Sungguh, korang rasa lah sendiri buat semua kerja rumah. Seminggu pun jadi lah. Masa tu la korang takkan nampak dah gambar ni cuma gambar 2 ekor ikan je. Korang akan nampak benda lain. Serius tak tipu.

Taufiq Razif
Bukan suami terbaik dunia tapi suami yang nak jadi yang terbaik buat anak dan isterinya

p/s : Tu lah kenapa saya tak komen sangat masakan orang. Kita tak tahu berapa titis air mata, keringat dan pengorbanan fizikal dan jiwa yang ditempuh untuk menghasilkan masakan tu.

p/s : Saya suka kongsi ilmu didik anak kat Telegram saya juga. 100 ribu orang juga kat dalam tu. Klik je link ni ye untuk join 👉 t.me/NotaTaufiqRazif