(Video) 'Ahli-ahli yang berhormat, sila duduk dan jangan lari' - titah YDPA gamatkan Dewan Rakyat

Loading...

Suasana di parlimen gamat seketika apabila Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bertitah “Ahli-ahli yang berhormat, sila duduk dan jangan lari,” Baginda menegur agar tiada ahli Parlimen yang bertindak sedemikian pada sesi persidangan pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang berlangsung pada hari ini.

Berdasarkan video tersebut juga, kelihatan Tun Dr Mahathir dan Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail tersenyum dengan titah baginda tersebut.

Selepas baginda selesai bertitah dan diumumkan untuk keluar dewan, rata-rata Ahli Parlimen PH secara berseloroh menjerit "jangan lari" sambil disusuli gelak tawa, lapor mStar.

A post shared by 🎶Ahmad Fedtri Yahya🎶 (@fedtriyahya) on

Semalam, Ahli Parlimen PAS dan Barisan Nasional( BN) bertindak keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda tidak berpuas hati dengan perlantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker baharu.

Bagaimanapun, dua lagi ahli Parlimen BN dari Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Kimanis iaitu Datuk Seri Anifah Aman dilihat kekal tidak berganjak dari kerusi mereka. 

Terdahulu, baginda berkenan merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang cukup signifikan kerana buat pertama kali dalam sejarah menyaksikan Malaysia dipimpin kerajaan baharu, Pakatan Harapan.

Bernama melaporkan, mesyuarat tersebut juga telah mencatat sejarah tersendiri kerana ini merupakan kali kedua Yang di-Pertuan Agong merasmikan istiadat pembukaan penggal Parlimen dalam tahun yang sama.

Sumber: mstar, Bernama