(Video) Cemburu, pengkid belasah teman wanita

Loading...

Sikap cemburu yang keterlaluan adakalanya boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri dan sebaiknya belajar untuk mengawal diri dari melakukan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan anda menyesal di kemudian hari. 

Baru-baru ini viral klip video di media sosial yang menunjukkan sepasang 'kekasih' pada awalnya bertengkar sebelum salah seorangnya bertindak ganas membelasah pasangannya. 


Lapor Bangkok Post, kejadian itu berlaku di daerah Chatuchak, Bangkok, dan difahamkan pasangan berkenaan adalah pasangan lesbian. 

Suspek berambut berpendek berperwatakkan lelaki dikenali sebagai Kanchana Sinprasert, 27, manakala teman wanitanya, Fang, 22. 



Kejadian berlaku pada jam 1.45 petang 19 Julai, mengejutkan beberapa penghuni lain di sekitar kawasan itu apabila Kanchana mula membelasah, menampar, menarik rambut Fang sehingga jatuh ke lantai, selain menghentak mukanya dengan helmet. 

Mujur datang seorang lelaki dan perempuan menghalang Kanchana dari terus membelasah Fang yang kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 



Doktor berkata, Fang mengalami kecederaan serius dan tulang soket matanya retak. Fang terpaksa menjalani pembedahan dan memerlukan masa dua bulan untuk pulih semula. 

Timbalan Komisioner Biro Polis Metropolitan, Sompong Chingduang berkata, pihaknya telah menahan Kanchana di kediamannya di Sukhothai pada 24 Julai dan didakwa atas tuduhan menyerang mangsa. 

Dalam keterangannya Kanchana berkata, dia mempunyai alasannya sendiri mengapa dia bertindak menyerang teman wanitanya itu. Katanya, ketika kejadian dia berada dalam keadaan mabuk dan cemburu. 


Polis berkata, Kanchana juga perlu menjalani ujian saringan air kencing sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya. Sekiranya disabit kesalahan, Kanchana akan dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum 200,000 baht (RM24,300).

Kanchana sebelum itu memaklumkan kepada Fang yang dia akan membayar segala bil perubatan dan pampasan untuk Fang.