(Video) 'Rupa je cantik, hati busuk!' - Sheeda serang, Ifa Raziah buat laporan polis


Viral di media sosial video dua penyanyi dangdut bertikam lidah di kawasan parkir mencetus pelbagai reaksi netizen. 

Sheeda memuat naik klip video tersebut di Instagramnya di mana dia mula menyentuh dan memarahi Ifa Raziah. 

Berdasarkan kapsyen video tersebut, Sheeda menggelar Ifa sebagai perempuan plastik, berhati busuk dan sebagainya. 

"Bersemuka tak berani pula, perempuan plastik, suka buat hal. Kena bagi pengajaran supaya dia insaf. 

"Pandai pula kau lari dan buat-buat tak nampak belakang aku. Semua orang kau canang cerita memburuk-burukkan aku. Sekarang biar semua orang tahu kau penakut! Penipu! Ini jawapannya. @niksyafiq87 @sheedadanz #perempuanpropa," tulis Sheeda. 

"Kau tak kenal aku ke? Oi! Kau tak nak berhenti? Aku nak bersemuka, banyak hal lagi dengan kau ni. Takkan kau tak kenal aku? 

"Oi!! Apa yang kau cakap belakang-belakang, cakap pasal aku di Melodi, keluar cerita aku. Kenapa kau tak nak bersemuka dengan aku? 

"Buat malu je. Rupa je cantik, hati busuk tau tak!" kata Sheeda. 

"Eh? Yang kau nak cakap-cakap aku ni kenapa?" soal Ifa yang kemudian kedua-duanya melemparkan kata-kata bodoh dan bongok kepada masing-masing. 


Difahamkan, Sheeda yang ditemani anaknya, manakala Bienda dan Ifa ditemani oleh suaminya baru saja pulang dari majlis ramah mesra dan minum petang bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke V di Istana Negara yang berlangsung pada petang semalam. 

Sementara itu, Ifa melalui Instastory memberikan respon berhubung video viral tersebut. Kata Ifa, dia bersyukur dengan segala kutuk yang dilemparkan terhadapnya kerana itu akan memberikannya pahala. 

"Alhamdulillah, kutuk aku lagi, pahala aku dapat. Hari ini akan terbongkar siapa yang bodoh. Aku yang bodoh atau korang yang bodoh. Hari ini aku pula maki korang," tulisnya. 




Ekoran kejadian itu juga, Ifa membuat laporan polis kerana disentuh oleh Sheeda.

"Saya di balai polis buat laporan. Siapa yang sentuh, dia yang salah," katanya.

Sumber: Astro Gempak