Wanita dirogol 40 lelaki dalam tempoh 4 hari

Loading...

Seorang pemilik rumah tumpangan dan pengurusnya ditahan polis selepas seorang wanita mendakwa dia diberikan dadah dan dirogol kira-kira 40 lelaki selama empat hari, lapor AFP. 

Pegawai polis kanan, Rajender Kumar Meena, berkata, mangsa berusia 22 tahun sebelum kejadian itu mendakwa dia dijanjikan pekerjaan di sebuah rumah tetamu di Haryana, utara India oleh individu yang dikenalinya. 

Malangnya, mangsa dikurung, diberikan dadah dan dirogol oleh ramai lelaki selama empat hari. 

Ekoran dakwaan itu, polis telah menggantung tiga anggota bawahannya kerana lalai dan gagal memaklumkan kepada pegawai kanan mengenai kejadian yang sensitif itu. 

Kejadian yang menimpa mangsa berusia 22 tahun itu merupakan kes serangan seks terbaharu yang dilaporkan di India yang merekodkan 110 aduan kes rogol setiap hari. 

Menurut data rasmi, keganasan seks berleluasa di India merkodkan 110,333 laporan kes rogol di negara itu sepanjang tempoh 2014 hingga 2016. 

Sumber: Berita Harian