'Aku penat, aku nak rehat' - 2 bulan hilangkan diri, Instafamous disyaki sakit akibat disantau

Loading...

'Instafamous' yang dahulunya pernah masuk program Motif Viral terbitan Astro kini dilaporkan telah 'berehat' sejak Jun lalu tanpa diketahui sebabnya. 

Namun menurut rakannya, Atierah Zulfatie atau Beby Toratora mendakwa, Mira (@nrhwz) kini berada dalam keadaan tidak sihat dan mengesyaki rakannya itu dikhianat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Mira sebelum ini dikecam hebat di media sosial berikutan viralnya video kelakuannya yang pelik ketika dalam program Motif Viral. Semenjak dari itu, segala apa tindak tanduknya diperhatikan dan dikritik oleh netizen. 


Pernah beberapa kali beliau dikecam sehingga patah semangat, tetapi dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan, dia kembali aktif di Instagramnya sebelum mengumumkan untuk berehat dengan kemaskini terakhirnya pada 28 Jun lalu. 

Beby Toratora melalui post di Instagramnya, meluahkan rasa rindu terhadap rakannya itu yang didakwa menghilangkan diri begitu sahaja. Malah turut berkongsi perbualan terakhirnya dengan Mira. 


"Beb, aku rindu hang wey. Semua orang buat silap. Aku kenal hang dari hang tu ada 60,000 followers ja beb. Kita jumpa, lepak, makan sekali, gelak-gelak sekali.

"Semua orang boleh berubah, semua buat silap tapi kenapa hang hilang macam tu ja? Hari last hang online IG, aku call hang, aku tanya hang kenapa macam stress ja? Story hang pun macam lain sikit dari biasa. Selalunya hang la orang paling kuat bila kena kecam. 

"Hang cuma cakap dekat aku, "Aku penat ah tora, aku nak rehat". Aku ingat hang main-main wey. Aku gelak ja dekat hang time tu. Lepas tu aku kata hang mengarut. 

"Aku dengar suara hang macam tak ada masalah pun. Aku tak sangka itu hari terakhir aku dengar suara hang. Dengar hang gelak, kali terakhir hang balas WhatsApp aku. 

"Sekarang hang diam dan menghilang terus dari hidup kami semua. Sampai sekarang aku cuba cari alamat rumah hang tapi tak jumpa pun. Aku nak sangat pergi melawat hang. 

"Untuk IGShop yang @nrhwz hutang, tolong halalkan. Dia sakit, maafkan dia semua. Kita doa yang baik-baik untuk dia. Jika sakit ini ialah sakit yang orang khianat dekat dia, semoga Allah bagi balasan setimpal. 

"Kembalilah wey, semoga dia sihat macam dulu dan dapat mencari rezeki seperti biasa. Amin," tulisnya. 

beb ..aku rindu hg wey 😭smua orng buat silap ..aku kenai hg dari hg tu ada 60k followers ja beb.kita jumpa,lepak,mkan skali,gelak2 skali ..smua orng boleh brubah..smua buat silap ..tapi knapa hg hilang mcmtu ja..hari last hg online ig,aku kol hg ..aku tanya hg knapa mcm stress jaa ,story hg pun mcm lain sikit dari biasa .slalunya hg la orng paling kuat bila kena kecam ..hg cuma ckap dkat aku *aku penat ah tora aku nak rehat * ..aku ingat hg memain wey ..aku gelak ja dkat hg time tu lpastu aku kata hg mngarut ..aku dngaq suara hg ,mcm orng takda masalah pun..aku tak sngka tu hari terakhir aku dngaq suara hg,dngaq hg gelak,kali trakhir hg blas ws aku ..skrng ni hg diam dn menghilang trus dari hidup kami smua ..smpai skrang aku cuba cari alamat rumah hg ..tapi tak jumpa pun ..aku nak sngat p melawat hg..untuk igshop yg @nrhwz hutang ,tlong halalkan..dia sakit ..maafkan dia smua .. kita doa yang baik2 untuk dia ..jika sakit ni ialah sakit yang orng khianat dkat dia,smoga Allah bagi blasan setimpal ..kembali la wey 😫smoga dia sihat mcm dlu dn dpat cari rezeki sperti biasa ..amin
A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on

Sementara itu, seorang pengguna Twitter mendakwa Mira terkena buatan orang gara-gara review makanan yang dibuatnya. 

"Kenal dia? Aku jujurnya rindu nak tengok reviw pelik-pelik dia. Lama dia menghilang. Dengar cerita hilang dari social media sebab sakit kena buatan orang. 

"Semoga segalanya dipermudahkan urusannya. Yang buat review makanan itu hati-hati, orang kalau nak hantar benda itu sekejap je. 

"Korang jangan takut dengan benda-benda ini. Keep faith to Allah. Kalau kita takut, dia lagi berani. Kita kena tunjuk berani dengan amalan. Agak kritikal kalau orang hantar melalui makanan sebab benda itu masuk dalam badan. Itu yang jadi macam muntah rambut, paku, gilette dan macam-macam lagi. 



"Orang kalau hantar melalui gambar atau nama penuh, benda itu hanya mampu untuk bolak balikkan perasaan kau. Dia main dengan emosi, buat kau cepat baran, sampai hati kau rasa kosong. Rasa rimas dengan semua benda. 

"Kalau korang nak tahu, di IG pun orang dah berani promote santau-santau ini. Aku ada ternampak hari itu di IG tetapi tak perlulah nak share. Dia siap buat pakej lagi. Nak yang biasa-biasa, keras atau sampai membunuh. Kau rasa? Fak** gila dengan orang macam ni. 

"Perlu diingatkan juga korang di luar sana, jangan over confident eh nak sakitkan hati orang atau jangan terlalu show off kebahagiaan korang tu. Kita tak tahu hati manusia macam mana. Ada yang kejam dalam diam," tulisnya.

Walaubagaimanapun, netizen berharap ini semua bukan gimik dan mendoakan Mira dipermudahkan segala urusan dan lebih berhati-hati selepas ini.