Bapa durjana dipenjara 18 tahun 2 sebatan

Loading...

Seorang bapa berusia 46 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun dan dua sebatan kerana meliwat anak perempuannya yang berusia lapan tahun, dalam kejadian Februari lalu, lapor Harian Metro

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Ainul Shahrin Mohamad. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh meliwat anak perempuannya di rumah di daerah ini antar ajam 7 pagi hingga 7.30 pagi pada 13 Februari lalu. 

Kejadian itu juga disaksikan oleh anak lelaki tertuduh berusia 16 tahun yang kemudian membuat laporan polis sehari selepas kejadian yang membawa kepada penangkapan bapanya pada hari yang sama laporan dibuat. 

Pemeriksaan yang dilakukan oleh pakar obstetrik juga mengesahkan terdapat kesan luka baru di kawasan dubur mangsa. 

Terdahulu, tertuduh yag tidak diwakili peguam merayu agar diberi hukuman ringan dengan alasan dia perlu menyara keluarga. 

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip berkatta, tertuduh sebagai seorang bapa seharusnya melindungi anaknya, tetapi sebaliknya melakukan kesalahan terbabit selama beberapa kali.

"Berdasarkan laporan perubatan mangsa, tertuduh telah melakukan kesalahan itu sejak anaknya berusia enam tahun," katanya.