'Dia cakap kemaluannya dikorek dengan jari oleh kawan' - Ibu terkejut anaknya dicabul di tadika

Loading...

"Sekarang apa yang saya perlu buat ya puan? Saya tak tahu nak buat apa," demikian mesej dari ibu murid perempuan, yang mengesyaki anaknya telah dicabul oleh rakan lelaki.

Perkongsian dari Zeeda Aziz ini mengejutkan ramai netizen terutamanya golongan ibu bapa. Masing-masing menyatakan kebimbangan mereka terhadap anak-anak dan tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku di premis tadika. 

Menurut Zeeda, kes pencabulan ini melibatkan murid pra-sekolah berusia enam tahun yang melakukan perbuatan itu yang dianggapnya tidak salah.

"Semakin hari semakin banyak aduan diterima. Entah bila akan berakhir. Kes terbaru melibatkan murid pra-sekolah yang berusia 6 tahun. 

"Rakan sebaya bermain 'cucuk' dan 'korek' faraj kawan mereka di dalam premis tadika. Permainan korek dan cucuk ini melukakan alat kelamin anak. Itu yang si ibu dapat tahu anaknya telah dicabul," tulis Zeeda. 

Difahamkan, ibu mangsa telah bersemuka dengan guru dan juga pelaku.

"Si ibu sudah bersemuka dengan guru dan juga pelaku. Budak 6 tahun ini tak tahu pun apa yang dia buat itu salah. Main-main saja pun," tulisnya.



Bagi Zeeda, kejadian seperti itu mungkin dapat dielakkan sekiranya ibu bapa memainkan peranan dalam mendidik anak-anak terutamanya tidak terlalu memberi kebebasan melayari internet. Pemberian akses tanpa had internet kepada anak-anak boleh mendatangkan kemudaratan yang akhirnya menjadikan anak itu rosak dari akhlaknya.

"Tuan puan, kita ini dah kenapa? Berhentilah memberi akses internet tanpa limit kepada anak-anak. Anda bangga ke kalau anak jadi penjenayah seksual? 

"Seawal 6 tahun sudah mula mencabul, tidak mustahil bila zakarnya dah boleh menegang, mereka menjadi perogol. 

"Ajar anak tentang sentuhan selama dan tidak, seawal mungkin. Jika anak cukup ilmunya, inshaAllah perkara begini dapat dielakkan," tulisnya. 

Ibu bapa dinasihatkan sentiasa memantau dan mengawasi aktiviti anak masing-masing agar kejadian seperti ini tidak berlaku di kemudian hari.