Kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh

Loading...

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terperangkap dalam bahagian pengering mesin basuh separa automatik di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila, Batu 12, Di Sandakan, Sabah, pagi tadi, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 10 pagi tadi, mangsa, Mohd Azam Razlan dipercayai bermain di mesin basuh tersebut sebelum termasuk ke bahagian pengering mesin basuh itu. 

Keadaan magnsa kemudian disedari oleh ahli keluarganya yang kemudian meminta bantuan jiran untuk mengeluarkannya, tetpai gagal berbuat demikian lalu menghubungi bomba. 

Ketua Zon Bomba dna Penyelamat Sandakan, Auddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.43 pagi dan seramai tujuh anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian. 


Mangsa yang terpaksa menahan kesakitan hampir sejam akhirnya berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh bomba yang hanya mengambil masa lima minit dengan memotong bahagian pengering mesin itu menggunakan peralatan khas.

"Kanak-kanak terbabit cuma mengalami lebam di bahagian kaki. Operasi tamat pada jam 11 pagi," katanya.