Pemandu bas disahkan khayal akibat syabu

Loading...

Pemandu bas RapidKL yang melanggar tujuh buah kenderaan dan mencederakan empat orang mangsa dalam kejadian malam semalam dilaporkan positif dadah jenis syabu, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 32 tahun itu khayal akibat syabu, telah ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, bagi membantu siasatan. 

"Siasatan juga dibantu oleh polis Selangor dan polis Kuala Lumpur. Lelaki terbabit ditahan oleh polis Ampang kerana insiden itu berlaku di kawasan berkenaan. 

"Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," katanya. 


Mengenai dakwaan terdapat beberapa orang individu yang membelasah pemandu bas itu, Mazlan berkata, pemandu itu perlu membuat laporan polis terlebih dahulu dan pihaknya akan membuat siasatan selepas menerima aduan. 


BERITA BERKAITAN: