''Penat belajar sampai degree, nak bagi hantaran RM8,000?! Tak berbaloi' - Instastory gadis ini viral dan dikecam netizen

Loading...

Viral di media sosial, luahan ketidakpuasan hati seorang gadis terhadap bakal suaminya yang hanya mahu memberi wang hantaran perkahwinan sebanyak RM8,000 yang dianggap terlalu sedikit. 

Individu yang tidak didedahkan namanya itu di Instastory-nya berkata, jumlah wang hantaran itu tidak layak untuk mendapatkan dia yang mempunyai 'degree'. Malah dia turut menggunakan kata-kata kesat terhadap teman lelaki dan bakal mertuanya itu. 








Tampil seorang individu cuba menasihatinya dan meminta dia bersabar dan bersyukur dengan jumlah yang mampu dibayar oleh bakal suaminya itu. 

Malangnya gadis itu bengang dan meminta individu berkenaan tidak mencampuri urusan kehidupannya. 



Sementara itu, netizen menyelar kebiadaban gadis terbabit yang secara terang dan jelas menghina bakal suami dan keluarganya. Kata netizen, itulah perangai sebenar gadis terbabit dan bakal suaminya mungkin perlu mempertimbangkan kembali keputusannya sama ada mahu meneruskan atau membatalkan hasrat berkahwin dengan gadis tersebut. 

Rata-rata netizen menasihatkan, soal perkahwinan tidak perlu dirumitkan. Berkahwinlah dengan kemampuan diri dan utamakan syarat perkahwinan yang telah ditetapkan dalam agama Islam.