'Perempuan lepas kahwin, wajib lebih cantik dari sebelum kahwin'

Loading...

Apabila mendirikan rumah tangga, sudah pastinya setiap pasangan inginkan kebahagiaan. Bagi membentuk sebuah perkahwinan yang harmoni, kita tidak seharusnya meletakkan segalanya kepada takdir, tetapi setiap pasangan harus mengubahnya kepada yang lebih baik.

Kes-kes penceraian seringkali dilaporkan dan kebanyakannya adalah berpunca dari orang ketiga. Wanita dan isteri seringkali menjadi mangsa kepada kes-kes seperti ini, dan isteri yang bergelar surirumah tangga pula antara individu yang sangat teraniaya apabila ditinggalkan.

Berdasarkan bebenang di Twitter juga, kebanyakan netizen bersetuju dengan pendapat yang mengatakan seorang isteri perlu mempunyai wang sendiri. Selain itu juga, seorang isteri perlu sentiasa mencantikkan diri untuk menambat hati suami.

THIS THING  is real. Perempuan lepas kahwin wajib lebih cantik dari before kahwin. Before kahwin cantik masa keluar. After kahwin 24 hours kena cantik. Jangan amalkan minta suami duit. Seriously, you have to have your own money. Senang nak beli barang keperluan.

Buatlah business kalau rasa tak bekerja tu. Memasak? "Isteri kena pandai jaga perut suami" note to myself. Before kahwin dah boleh dah rasanya tanya apa makanan kesukaan dia. Then kita boleh belajar masak. Kalau tak kahwin takpe, kita boleh masakkan untuk orang lain. 

Benda yang perlu jaga jugak is Rambut. Rambut penting, takkan kau nak tunjuk rambut serabai depan suami, takkan nak biar rambut bau busuk macam sebulan tak basuh. Kena bersih, sihat, wangi. Rambut kena basuh 2 hari sekali. Serum everyday pakai before tidur okay.

Aku belum kahwin. Tapi aku bakal berkahwin. (In shaa Allah kalau jodoh dan umur panjang) semua benda ni nota and tips untuk diri aku sendiri jugak. Benda yang baik datang daripada aku sendiri dan benda yang tak baik harap jangan terasa dan maafkan. 


Saya belum kahwin tapi saya akan berkahwin so saya kena belajar semua benda pasal rumah tangga. Perkahwinan bukan benda main main. Saya kahwin dengan dia untuk hidup dengan dia sampai saya meninggal. Bukannya kahwin main main. 

Tweet saya juga tiada mengatakan yang kita tak boleh langsung pakai duit suami even untuk keperluan. Tiada juga menyatakan yang perempuan buruk kena tinggal dengan suami. Baca betul betul sayang dan fahamkan. Terima kasih.

Okay since ramai sangat yang salah faham or maybe tak baca thread ni sampai habis. Let me tell you this. Suami wajib untuk beri nafkah kepada isteri. Nafkah duit suami beri untuk beli barang keperluan rumah dan keperluan diri.

Kita boleh je nak beli barang kehendak kita. Kehendak kita kan, simpanlah duit sendiri. Barang keperluan suami dah bagi. Kita ada duit lebih nak beli barang kehendak. Beli jelah. 

Next, 24 hours kena cantik. Cantik maksudnya baju kemas, rambut kemas, pakai bedak sikit, pakai lipstik aloe vera sikit, wangi sikit haaa kan cantik tu duduk rumah macamtu. Bukannya kena duduk depan cermin 2 jam semata mata nak pakai makeup 5 inci tapi buat kerja rumah je.

Nak kahwin kena belajar banyak benda. Lain orang lain cara. Ada lelaki yang boleh accept isteri dia seadanya. Ada lelaki yang nak isteri dia sentiasa cantik dan kemas. Depends on lelaki yang jadi jodoh kita. Bukan semua lelaki sama. 

Sumber: Twitter